Showing posts with label Memory Lane. Show all posts
Showing posts with label Memory Lane. Show all posts

Saturday, November 25, 2006

Faris's Convo 2006


Tarikh: 18 November, 2006
Tempat: Dewan Sekolah Rendah Agama Meru, Klang
Acara: Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2006 Pusat Tahfiz & Tadika al-Fudhail

Hari ini adalah hari convo untuk Muhammad Faris Imran bin Norhisham (6 yrs)!!

Alhamdulillah! Majlis berjalan lancar. Dimulai dgn bacaan ayat2 suci al-Quran drp pelajar2 al-Fudhail; termasuklah Faris! Berbunga hati rasanya bila Faris memperdengarkan hafazan Surah al-Waqiah. Faris memperdengarkan 1/3 surah kemudian disambung pula oleh abang2 Tahfiz. Merdunya bacaan mereka. Hati berdoa semoga Faris juga boleh melafazkan kalam Allah sebaik pelajar2 Tahfiz ini...... Amin

Majlis dirasmikan oleh Ketua Kampung (rasanya???) Kelas Faris (6-1) buat persembahan nasyid. Lepas tu Faris naik ke pentas utk menerima Sijil Tamat Belajar.

Sekali lagi Faris naik ke pentas utk menerima anugerah bagi kategori Markah Tertinggi Ujian Kelayakan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI). Alhamdulillah. Faris dahpun buat pengesahan penerimaan tawaran ke SRAI Batu Belah, Klang. Dapat masuk kelas A (1 Arif).

Sebelum majlis bersurai, Faris sekali lagi naik ke pentas utk menerima Anugerah Tokoh Murid 2006. Tak sangka! Sungguh tak sangka! Sebak rasanya. Nak gugur airmata dibuatnya.

Alhamdulillah. Pada usia 6 thn, Faris sudah mula mengerjakan solat sendirian. Kadang2 tu jadi imam pada Zarif. Puasa pun genap 30 hari. Cuma puasa sunat 6 Syawal jer yg tak habis. Dapat 1 hari jer. Segala yang terbaik di dunia dan akhirat Mama doakan utk Faris. Semoga menjadi ikutan adik2 yg lain... Amin! Ya Rabbal A'lamin.

Untuk semua guru2 yang terlibat membimbing dan mendidik Faris, kami ucapkan jutaan terima kasih. Semoga mendapat keberkatan dalam hidup serta jariah yang berpanjangan. Buat Kak Ros, Ustaz, Yaya dan keluarga, terima kasih kerana menjaga Faris lepas sekolah. Minta halal segala makan & minum. Rasa segan juga sbb Kak Ros sekeluarga tak mahu menerima sebarang bayaran daripada kami. Semoga Allah membalas segala jasa Kak Ros sekeluarga. Buat Yaya, harap jangan serik membantu Faris dengan hafazannya, walaupun bukan secara formal.

Kepada Shahrizaman, terima kasih kerana sudi meminjamkan digital camera untuk merakamkan sedikit detik2 indah ini. Harapan semoga semua sudi mendoakan kejayaan untuk Faris.

Jom tengok Faris di http://mama-anna.fotopages.com/?entry=992398&back=http://mama-anna.fotopages.com/

Zarif's Convo 2006


Tarikh: 12 November, 2006
Tempat: Bilik Persidangan, Ibu Pejabat RAPID KL
Acara: Convocation Day 2006 & Open House Taska/Tadika RAPID KL

Okey.... Sekarang giliran Zarif lak Convo. Walaupun cuma kelas Pra-Tadika. Muhammad Zarif Hakim bin Norhisham (5 yrs) officially graduated from Tadika/Taska RAPID KL. Alhamdulillah, dia dapat tempat ke-2 dlm akademic & tempat pertama untuk KAFA. Tak sangka sebenarnya sbb dia ni banyak main jer. Pas tu kuat merajuk lak tuh. Sekarang ni baca paper laju jer.

Ini semua juga adalah usaha guru2 seperti Cikgu Along Fatma Shahida (guru class), Cikgu Umi & Cikgu Yam yg ajar dia tution & computer class. La ni Zarif yg ajar abg dia guna Microsoft Word. Sgt berbaloi hantar dia belajar kat Taska ni. Terima kasih kepada semua guru2. Tahun depan tak jumpa lagi sbb Zarif akan menurut jejak langkah Faris ke Tadika Tahfiz al-Fudhail.

Masa majlis tu Zarif terlibat dalam 2 - 3 persembahan jugak. Memula sekali baca pantun pembuka, pastu baca pantun penutup. Dah rupa macam YB lak sbb siap songkok & sampin sekali. Yg 2 lagi tu persembahan nyanyian. Kelakar jugak tengok sbb di kalangan kawan2, dia yg paling kenit. Tapi kenit2 pun dah ada calon tu....

Dalam majlis yg sama Khalid dapt hadiah tempat ke-3 ujian peperiksaan akhir tahun. He... he... he... baru 2 tahun lebih, dah ada exam. Masa persembahan Tarian Bebas, Khalid menangis. Mood takde kot. Baru bangun tido dah kena menari. Harap2 tahun depan dia OK mcm abg dia jugak.

Jom tengok Zarif kat sini!
http://mama-anna.fotopages.com/?entry=984904&back=http://mama-anna.fotopages.com/

Catatan Perjalanan Aidil Fitri 2006



Salam lebaran 2006!

24 Oktober, 2006
Raya tahun ni di rumah Pak Ngah. Mak Wan, Ayus & family pun ade. Lepas solat terus ke Taman Batu Caves.

Bermaafan ngan mak & abah. Kak Teh & family pun ade. Tahun ni mak tak ke mana2 sbb mak kurang sihat. Baru je kena stroke Nuzun Quran yg lalu. Tgn kanan mak langsung tak boleh digerakkan. Kaki kanan sgt lemah. Sekarang ni mak cuma berbaring saja. Kadang2 didudukkan. Bercakap pun tak boleh. Abah pun tak berapa sihat. Katanya tapak kaki rasa kebas sekerat. Aku sapukan minyak urut gamat then urut pelan2. Abah nampak suka.

Petang sikit Nenek, Mak Lang, Acu, Along & keluarga masing2 datang menziarahi mak. Abah tido kat bilik sbb sakit kepala. Lepas tetamu balik, kami keluar sekejap. Belikan mak diaper & buah2an sikit.

Maghrib ke rumah K.Ani di Sg. Tua. Line clear. Hujan lebat lak. Lepas Maghrib terus ke Pandamaran. K.Lia, Ita & family masing2 dah menunggu. Ayun pun ada. Beramai2 kami ke rumah Cik Munah & Kak Chik. Pas tu terus ke rumah Kak Mah. Spoilt. Mood raya hilang. Then proceed ke rumah Kak Puteh. Drama tension bermula. Hmmm.... tak tahu apa nak buat. Masing2 terus hilang mood.

25 oktober, 2006
Sepanjang hari duduk kat rumah. Takde mood langsung nak keluar. Semua program canceled!

26 October, 2006
Pepagi dah bangun, bersiap2 nak bertolak ke Penang. 8 am Kak Lia & anak2 sampai. Sempat goreng karipap segera. Bawak bekal nasi impit & air teh-O. Ita & family sampai 9 am. Lebih kurang 9.15 am kami betolak ikut jalan lama; Kuala Selangor.

Dalam perjalanan nampak ada beberapa gerai menjual mentarang. Wah! Balik nanti boleh singgah. Lama jugak tak makan mentarang. Lunch kami berhenti kat Teluk Batik. Ita bawak nasi & sambal ayam. Kak Lia bawak mee goreng. Lepak2 kejap kat tepi pantai. Aku sempat solat qasar & jamak takdim Zohor & Asar.

3.15 pm lebih kurang, kami meneruskan perjalanan. Asar kami berhenti di salah satu surau tapi lupa lah kat mana but somewhere in Perak. Aziz & Ita bayar hutang kat surau ni.

Maghrib kami tiba di Bagan Ajam. Pak Ngah, Mak Ngah & Asri ada kat rumah. Abang, Adik balik dlm pukul 10 pm. Plan asal nak ke Padang Kota pekena pasembor tapi tak jadi sbb Mak Ngah dah umpan dgn kari ikan dia. Mmmm.... sedap. Ikan terubok masin dari Sarawak pun ada. Lagi berseleralah dibuatnya. Abg Man & K.Ina sampai sblm makan mlm.

27 Oktober, 2006
Lepas sarapan nasi goreng, Mak Ngah ajak picnic kat Batu Feringhi. Mak Ngah masak nasi, gulai nangka. Nasi impit smlm ada lagi. Mak Ngah suruh aku buat kuah lodeh & sambal tumis ikan bilis. Jadik! Wandi & family datang tapi tak ikut kami pi picnic. Sempat la beraya.

1.30 pm tiba di Batu Feringhi. Kami convoi 5 keta, Gen-2 (Abang & Adik), Honda City, Avanza (Abg Man), Wira (Ita) & Kancil (Kak Lia). Hampair pukul 4 pm, kami bertolak ke Kg. Sg. Ara, melawat kakak ipar Mak Ngah. Kesian tgk dia. Dah 2 thn terlantar di katil, makan guna tiub, kedua2 tgn terlipat ke dada. Dah tak kenal org. Katanya berpunca drp darah tinggi. Ntah.... takdir masing2. Lepas tu terus ke rumah kakak Mak Ngah pulak. Kat mana ntah, dah lupa.


Lepas solat, kami bertolak ke Padang Kota. Mak Ngah & Pak Ngah balik dulu sbb Pak Ngah pun tak berapa sihat. Kat Padang Kota pekena pasembor & kerang rebus. Memang best. Oh! Ya! Pegi balik naik feri.

K.Lia bermalam di rumah Mak Ngah, Ita kat rumah Mak Na & kami tido di rumah Epon dgn K.Ina. Epon tak dak, balik kampung Ayang.

28 Oktober, 2006
Pepagi sarapan di rumah Mak Na, nasi lemak kukus. Pas tu ke Bagan Ajam jumpa Pak Ngah sblm bertolak ke Padang Besar. Kali ni Yus, Mak Na & Pak Cik ikut sekali. Sampai kat Padang Besar hampir pukul 12 pm. Shopping serba sedikit. 2 pm lebih bertolak ke rumah K.Ani di Kangar. Kaum bapa ikut Abg Li ke sempadan.

Lepas makan malam bertolak balik ke Klang. Memula berhenti di R&R Juru, driver semua dah mengantuk. Lepas berehat sekejap teruskan perjalanan. Kat R&R mana ntah, Si Ajis ajak berhenti. Nak tido kejap, mengantuk sangat. Pukul 1 am lebih terus kan perjalanan. R&R Sg. Perak berhenti lagi. Driver mengantuk. Tido lebih kurang 1/2 jam, pas tu sambung perjalanan. Sampai kat Tol Simpang Pulai (kalau tak silap), kami dah tak sanggup meneruskan perjalanan. Kami berhenti tido. Ajis & Ina berhenti cuci muka pastu terus ikut jalan lama ke Klang.

29 Oktober, 2006
6.15 am terjaga dari tidur. Lepas solat kejut budak2 suruh mandi. 7.30 am lebih kurang kami teruskan perjalanan. Hampir 11 am berhenti di Kuala Selangor breakfast. Kali ni kami ikut Kapar. Takde pulak org jual mentarang. Takde rezekilah nampaknya.

Petang Pak Ngah & family sampai. Lepas minum petang & solat Asar, ikut Pak Ngah ke rumah Pak Itam di Ijok. Kali ni pergi sekali ngan Angah naik Avanza. Maghrib sampai semula di rumah. Lepas solat Maghrib Angah & family bertolak balik ke Sepang. Sblm tu hantar Irah ke POLISAS dulu. Along takde. Kata Pak Ngah pi dating. Iyelah tue....

Dah.... khatam cuti seminggu Raya.

Apa2 pun visit ler http://mama-anna.fotopages.com