Showing posts with label Chicken Soup of the Soul. Show all posts
Showing posts with label Chicken Soup of the Soul. Show all posts

Thursday, August 7, 2008

Pendidikan Seawal Usia


Harapan sepanjang zaman
“Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab” Pantun nasihat seperti ini telah dialunkan sejak zaman berzaman, sebagai warisan nenek moyang kita bangsa Melayu, khususnya ketika si ibu mendodoikan anaknya dalam buaian. Secara tidak langsungn, pantun nasihat ini memperlihatkan harapan yang tinggi menggunung daripada setiap ibu bapa sejak dahulu lagi, supaya anak-anak mereka dapat membaca al-Quran seawal mungkin. Persoalannya apakah cita-cita dan harapan tersebut telah tercapai, atau apakah kebolehan anak-anak untuk membaca al-Quran pada usia kanak-kanak yang belum memasuki alam persekolahan itu suatu yang mustahil atau terlalu sukar untuk dicapai.

Apakah belajar al-Quran itu susah?
Sekiranya belajar al-Quran itu susah atau perkara ini mustahil, kenapakah generasi awal Islam seperti imam as-Syafi`e, as-Sayuti, Ibnu Sina dan lain-lain lagi bukan sahaja dapat membaca al-Quran dengan baik pada usia kanak-kanak, malah telah menghafaz 30 juzuk al-Quran tersebut. Sehubungan dengan ini Allah SWT juga telah menegaskan di dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud: “…dan sesungguhnya Kami mudahkan al-Quran itu untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pengajaran.. .” (Surah al-Qamar, ayat: 13) Ayat ini jelas menyatakan bahawa al-Quran itu merupakan suatu pelajaran yang senang dan telah dipermudahkan oleh Allah SWT untuk manusia mempelajarinya. Namun begitu tidak ramai yang menyahut seruan Allah SWT untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai dan seumpamanya.

Mukjizat
Majoriti masyarakat Islam menerima apa yang ada itu “seadanya”. Mereka beranggapan, kanak-kanak kecil itu masih hingusan dan tidak tahu apa-apa, masih belum mampu membezakan antara kebersihan dan kotoran (mumayyiz) dan sebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini dianggap tidak sesuai untuk diajarkan al-Quran, kerana mereka tidak boleh memberikan tumpuan dan akan merosakkan al-Quran kerana mereka lebih suka bermain daripada belajar.

Mentaliti dan paradigma seperti ini perlu diubah kerana rakaman sejarah dan penemuan pelbagai bukti, fakta dan teknik terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak perlu diajarkan al-Quran ini seawal yang mungkin. Kanak-kanak yang telah dapat membaca al-Quran pasti akan lebih cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan lebih tenang menjalani kehidupan harian. Al-Quran yang dipelajari bukan sahaja merupakan mukjizat dan perlembagaan hidup agung, malah berperanan penting sebagai sumber dan asas kepada semua ilmu dan kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca Bahasa Melayu dan Jawi.

Peringkat awal kanak-kanak merupakan peringkat perkembangan yang berlaku dengan pesatnya, baik dari segi intelek, jasmani, mahupun rohaninya. Kanak-kanak tidak berhenti belajar tentang apa yang berlaku di sekelilingnya dan menjiwai setiap yang mereka pelajari. Inilah masa yang sesuai untuk mengajar, merangsang dan mendidik kanak-kanak dengan al-Quran. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mengajar kanak-kanak bagaikan mengukir di atas batu.

Pakar
Antara penemuan dan fakta penting yang telah ditemui oleh pelbagai pakar, khususnya pakar kanak-kanak mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini ialah dari segi perkembangan potensi otak manusia pada peringkat kanak-kanak. Peringkat ini merupakan tahap yang paling penting untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak dan minda agar menjadi lebih cekap dan bijak melalui pelbagai bentuk rangsangan. Salah seorang pakar yang banyak membuat kajian dan percubaan terhadap kecerdasan otak kanak-kanak, termasuk kanak-kanak cacat otak ialah Dr. Glenn Doman. Antara rumusan penting daripada kajiannya dan pakar-pakar yang lain ialah: Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik.

Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap. Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan. Sekiranya ransangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca juga pada masa kanak-kanak itu dapat bercakap. Walau bagaimanapun kaedah dan suasana pembelajaran yang sesuai diperlukan.

IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan tidak berkesan lagi bila dirangsangkan selepas peringkat ini. Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak. Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapatinya semasa kecil. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cacat otak (seperti akibat demam panas) masih boleh dirawati jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan seperti yang dilakukan oleh pihak Nuri. Berdasarkan pelbagai kajian pakar dan para ilmuan tersebut, amat penting sekali ibu bapa memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan seawal mungkin, khususnya pelajaran al-Quran.

Para ibu bapa juga hendaklah memahami proses pembelajaran simanja yang berkesan seperti melalui ransangan, belaian sentuhan dan sebagainya. Interaksi antara ibu bapa dan anak juga merupakan faktor utama yang membantu melahirkan anak pintar serta berkebolehan membaca al-Quran seawal mungkin. Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka, lebih bagus perkembangan si anak. Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibu bapa yang perihatin terhadap keperluan anak dan sering meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka

Oleh : Ustaz Kamal Mahyuddin Harun, Penyusun Siri Cepat Membaca Al-Quran – Al-Furqan

-------
Sumber: INGATAN@yahoogroups; Monday, June 04 @ 16:59:36 by din-cryptos

Balang & Mayonis


Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh,dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.

Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan,rata- rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

"Sekarang... " profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda... Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda,anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambilperhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.

Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan. .."

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini... "

------
Sumber: INGATAN@yahoogroups; Thu, 6/7/07, umar faruqi

Manggis & Islam


Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng; Anak Ah Kuan, towkay kedai runcit dikampung itu. Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan berkeliling dengan Hondanya sambil menjaja buah-buahan musiman. Sekarang memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.

Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap di sebuah kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung- kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah saperti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit di situ.

Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan di antara orang-orang kampung tempat dia bertanya.

"Dah lama sangat aku tengok kamu asik bertanya pasal Islam ni, Seng," kata Haji Seman setelah puas memberi jawaban kapada beberapa soalan tentang Islam yang disugguhkan oleh Ah Seng.

"Aku nak tanya lak. Kamu bertanya ni sebab kamu dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau kamu nak masuk Islam? Atau kamu cuma nak tau jer?"

Ah Seng tersengeh mendengar soalan-soalan Haji Seman.

"Eh... Takde le, Pak Man. Saya belum nak kawin lagi," katanya menjawab sekali gus
membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar di kalangan orang Melayu.

"Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man," katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak towkay cina ini.

Tapi...

"Tapi apa, Ah Seng," dia bertanya. Haji Seman ingin tahu sangat apa yang membuat
orang asing teragak-agak menerima Islam.

"Pak Man tak marah kalau saya terus terang?" Ah Seng meminta jaminan dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitif.

"Cakap le. Aku tak marah," kata Haji Seman memberi jaminan.

"Sebenarnya, Pak Man," Ah Seng memulakan.

"Saya bukan jer bertanya tentang Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ada saya tanyakan gak. Tak tau le kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas dengan ugama yang diamalkan keluarga saya."

"Oh... Camtu rupanya. Lalu apa yang kamu dapat dalam perbandingan ugama ni," tanya Haji Seman.

"Di mana kamu letakkan ugama Islam?"

"Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak larangannya. Saya takut saya tak kuat."

"Ah Seng... Ah Seng," Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan.

"Begini, Seng," sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis dari keranjang.

"Kamu tengok manggis ni. Ini le buah manggis. Tidak ada lain buah yang dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang jer nak kenal buah manggis ni. Tapi kalo kamu tengok. Kamu tenung lama- lama. Ada jer yang kamu nak komen. Misalnya kulit dia tebal le. Warnanya tak konsisten le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak. Macam-macam le kamu leh komen kalo kamu nak."

Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya.

"Tapi bila kamu kupas kulit dia. Kamu tengok. Putih isi dia. Kamu ambil seulas dan rasa," Haji Seman melakukan apa yang dikatanya.

"Mmmm... Manis. Bagus manggis ni."

"Begitu le Islam. Kamu cuma tengok dari luar. Puasa memang berat bagi orang yang
tidak pernah berpuasa. Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak pernah sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun solat subuh. Siang hari tengah syok-syok shopping kena berhenti lak solat zuhur. Dan seterusnya le."

"Tapi bila kamu mengetahui isi segala apa yang diperintah itu kamu akan melihat keputihan nya. Kesuciannya. Kemanisannya."

Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.

Sumbangan: JUNHAIRI BIN ABD JALIL ; penawarku@yahoogroups.com

Saturday, February 9, 2008

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word????


This is a beautiful story…

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa wakes up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Quran do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water." The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.

Out of breathe, he said, "See Grandpa, it's useless!" "So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket." The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. "Son, that's what happens when you read the Quran. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.

If you feel this story is worth reading, please forward to your contacts/friends. Prophet Muhammad (pub) says: "The one who guides to good will be rewarded equally"

By Zaid Hanafi (ingatan@yahoogroups.com)

Monday, January 28, 2008

The Frog Race!


Believe in your dreams..... ;-))

Once upon a time there was a bunch of tiny frogs.... who arranged a running competition. The goal was to reach the top of a very high tower.

A big crowd had gathered around the tower to see the race and cheer on the contestants....

The race began....

Honestly:

No one in crowd really believed that the tiny frogs would reach the top of the tower.

You heard statements such as:

"Oh, WAY too difficult!!"
"They will NEVER make it to the top."

or:

"Not a chance that they will succeed. The tower is too high!"

The tiny frogs began collapsing. One by one.... Except for those, who in a fresh tempo, were climbing higher and higher....

The crowd continued to yell, "It is too difficult!!! No one will make it!" More tiny frogs got tired and gave up.... But ONE continued higher and higher and higher.... This one wouldn't give up!

At the end everyone else had given up climbing the tower. Except for the one tiny frog who, after a big effort, was the only one who reached the top!

THEN all of the other tiny frogs naturally wanted to know how this one frog managed to do it? A contestant asked the tiny frog how he had found the strength to succeed and reach the goal? It turned out....

....That the winner was DEAF!!!

The wisdom of this story is:

Never listen to other people's tendencies to be negative or pessimistic....
because they take your most wonderful dreams and wishes away from you --- the ones you have in your heart!

Always think of the power words have. Because everything you hear and read will affect your actions!

Therefore:

ALWAYS be.... POSITIVE!

And above all:

Be DEAF when people tell YOU that you cannot fulfill your dreams!

Saturday, August 18, 2007

A Story To Tell....



Salam.

First of all, thanks to Azira for sharing this story.


Wednesday, August 08, 2007 09:10
A Story To Tell...

When I was a little girl, my mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work.

On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage, and extremely burned toast in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed! Yet, all my dad did was reached for his toast, smiled at my mom, and asked me how my day was at school.

I don't remember what I told him that night, but I do remember watching him smear butter and jelly on that toast and eat every bite! When I got up from the table that evening, I remember hearing my mom apologize to my dad for burning the toast. And I'll never forget what he said: "Baby, I love burned toast."

Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his toast burned. He wrapped me in his arms and said, "Debbie, your mommy put in a hard day at work today and she's real tired. And besides, a little burnt toast never hurt anyone!"

In bed that night, I thought about that scene at dinner...and the kindness my daddy showed my mom. To this day, it's a cherished memory from my childhood that I'll never forget. And it's one that came to mind just recently when Jack and I sat down to eat dinner.

I had arrived home late...as usual...and decided we would have breakfast food for dinner. Some things never change, I suppose! To my amazement, I found the ingredients I needed, and quickly began to cook eggs, turkey sausage, and buttered toast. Thinking I had things under control, I glanced through the mail for the day. It was only a few minutes later that I remembered that I had forgotten to take the
toast out of the oven!

Now, had it been any other day -- and had we had more than two pieces of bread in the entire house -- I would have started all over. But it had been one of those days and I had just used up the last two pieces of bread. So burnt toast it was!

As I set the plate down in front of Jack, I waited for a comment about the toast. But all I got was a "Thank you!" I watched as he ate bite by bite, all the time waiting for some comment about the toast. But instead, all Jack said was, "Babe, this is great. Thanks for cooking tonight. I know you had a hard day."

As I took a bite of my charred toast that night, I thought about my mom and dad... how burnt toast hadn't been a deal-breaker for them. And I quietly thanked God for giving me a marriage where burnt toast wasn't a deal-breaker either!

You know, life is full of imperfect things...and imperfect people. I'm not the best housekeeper or cook. And you might be surprised to find out that Jack isn't the perfect husband! He likes to play his music too loud, he will always find a way to avoid yard work, and he watches far too many sports. Believe it or not, watching "Golf Academy" is not my idea of a great night at home!

But somehow in the past 37 years Jack and I have learned to accept the imperfections in each other. Over time, we have stopped trying to make each other in our own mold and have learned to celebrate our differences. You might say that we've learned to love each other for who we really are!

We share the same goals. We love the same things. And we are still best friends. We've traveled through many valleys and enjoyed many mountain tops. And yet, at the same time, Jack and I must work every minute of every day to make this thing called "marriage" work!

What I've learned over the years is that learning to accept each other's faults - and choosing to celebrate each other's differences - is the one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting marriage relationship.

And that's my prayer for you today. That you will learn to take the good, the bad, and the ugly parts of your married life and lay them at the feet of GOD. Because in the end, He's the only One who will be able to give you a marriage where burnt toast isn't a deal-breaker!

Have a great day! May God bless your marriage.

Thursday, March 29, 2007

Kisah Penjual Tempe...

Salam to all. Firstly, I wish to express my sincere thanks to Nurul for sharing this awakening story with us.

Read on. May God guide us with His blessings.

-----Original Message-----
From: Nurul Akmar Abd Mutalib
Sent: Thursday, March 29, 2007 10:04 AM

Bagus kisah nih..bacalah. Sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allah swt..amin.

Bacalah....moga menjadi iktibar.


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempe yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi; separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin" Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya.

Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun, kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi?

Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.

Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila
sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:
Pertama - Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal
sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua - Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga - Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat - Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan... oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat.... (amin)

Friday, January 26, 2007

A Nice & Meaningful Story...

Nurul, thanks for this.

-----Original Message-----
From: Nurul Akmar Abd Mutalib
Sent: Thursday, January 25, 2007 11:55 AM

A boy was born to a couple after eleven years of marriage. They were a loving couple and the boy was the gem of their eyes. When the boy was around two years old, one morning the husband saw a medicine bottle open. He was late for office so he asked his wife to cap the bottle and keep it in the cupboard. His wife, preoccupied in the kitchen totally forgot the matter.

The boy saw the bottle and playfully went to the bottle fascinated by its color and drank it all. It happened to be a poisonous medicine meant for adults in small dosages. When the child collapsed, the mother hurried him to the hospital. He died.

The mother was stunned! She was terrified how she was going to face her husband. When the distraught father came to the hospital and saw the dead child, he looked at his wife and uttered just five words.

QUESTIONS:
1. What were the five words?
2. What is the implication of this story?

Scroll down to read....










ANSWER:
The husband just said "I am with you Darling".

The husband's totally unexpected reaction is a proactive behavior. The child is dead. He can never be brought back to life. There is no point in finding fault with the mother. Besides, if only he had taken time to keep the bottle away, this would not have happened. No one is to be blamed. She had also lost her only child. What she needed at that moment was consolation and sympathy from the husband. That is what he gave her.

If everyone can look at life with this kind of perspective, there would be much fewer problems in the world.

"A journey of a thousand miles begins with a single step."

Take off all your envies, jealousies, unforgiveness, selfishness, and fears. And you will find things are actually not as difficult as you think.

MORAL OF THE STORY:
This story is really worth reading. Sometimes we spend time in asking who is responsible or whom to blame, whether in a relationship, in a job or with the people we know. By this way we miss out some warmth in human relationship.

Tuesday, November 28, 2006

The Emperor's Seeds

Hmmmm......... First of all I would like to express my sincere thanks to Sue for sharing this story with me. Now I want to share with you all about the value of honesty...coz you're Allah SWT creation and I value you...

It begins like this:

An emperor in the Far East was growing old and new it was time to choose his successor. Instead of choosing one of his assistants or his children, he decided something different. He called young people in the kingdom together one day. He said, "It is time for me to step down and choose the next emperor. I have decided to choose one of you." The kids were shocked! But the emperor continued. "I am going to give each one of you a seed today, one very special seed. I want you to plant the seed, water it and come back here one year from today with what you have grown from this one seed. I will then judge the plants that you bring, and the one I choose will be the next emperor!"

One boy name Ling was there that day and he, like the others, received a seed. He went home and excitedly told his mother the story. She helps him get a pot and planting soil, and he planted the seed and watered it carefully. Everyday he would water it watches to see if it had grown.

After about three weeks, some of the other youths began to talk about their seeds and the plants that were beginning to grow. Ling kept checking his seed, but nothing ever grew. 3 weeks, 4 weeks, 5 weeks went by. Still nothing. By now, others were talking about their plants but Ling didn't have a plant, and he felt like a failure.

Six months went by; still nothing in Ling's pot. He just knew he had killed his seed. Everyone else had trees and tall plants, but he had nothing. Ling didn't say anything to his friends, however. He just kept waiting for his seed grow.

A year finally went by and all of the youths of the kingdom brought their plants to the emperor for inspection. Ling told his mother that he wasn't going to take an empty pot but his mother said he must be honest about what happened. Ling felt sick to his stomach, but he knew his mother was right. He took his empty pot to the palace.

When Ling arrived, he was amazed at the variety of plants grown by the other youths. They were beautiful... in all shape and sizes. Ling put his empty pot on the floor and many of the other kids laughed at him. A few felt sorry for him and just said, "Hey! Nice try."

When the emperor arrived, he surveyed the room and greeted the young people. Ling just tried to hide in the back. "My, what great plants, trees and flowers you have grown," said the emperor. "Today, one of you will be appointed the next emperor!" All of the sudden, the emperor spotted Ling at the back of the room with his empty pot. He ordered his guards to bring him to the front. Ling was terrified. "The emperor knows I'm a failure! May be he will have me killed!"

When Ling got to the front, the emperor asked his name. "My name is Ling," he replied. All kids were laughing and making fun of him. The emperor asked everyone to quiet down. He looked at Ling, and then announced to the crowd, "Behold your new emperor! His name is Ling!" Ling couldn't believe it. Ling couldn't even grow his seed. How could he be the new emperor? Then the emperor said, "One year ago today, I gave everyone here a seed. I told you to take the seed, plant it, water it, and bring it back to me today. But I gave you all boiled seeds, which would not grow. All of you, except Ling, have brought me trees and plants and flowers. When you found that the seed would not grow, you substituted another seed for the one I gave you. Ling was the only one with the courage and honesty to bring me a pot with my seed in it. Therefore, he is the one who will be the new emperor!"

If you plant honesty, you will reap trust.
If you plant goodness, you will reap friends.
If you plant humility, you will reap greatness.
If you plant perseverance, you will reap victory.
If you plant consideration, you will reap harmony.
If you plant hard work, you will reap success.
If you plant forgiveness, you will reap intimacy.
If you plant patience, you will reap inner strength.
If you plant faith, you will reap miracles.

But if you plant dishonesty, you will reap distrust.
If you plant selfishness, you will reap loneliness.
If you plant pride, you will reap destruction.
If you plant envy, you will reap trouble.
If you plant laziness, you will reap stagnation.
If you plant bitterness, you will reap isolation.
If you plant greed, you will reap loss.
If you plant gossip, you will reap enemies.
If you plant worries, you will reap wrinkles.
If you plant sin, you will reap guilt.

So be careful what you plant now, it will determine what you will reap tomorrow!

* Thanks again to Sue Othman