Showing posts with label Soft Skills. Show all posts
Showing posts with label Soft Skills. Show all posts

Thursday, August 7, 2008

Pendidikan Seawal Usia


Harapan sepanjang zaman
“Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab” Pantun nasihat seperti ini telah dialunkan sejak zaman berzaman, sebagai warisan nenek moyang kita bangsa Melayu, khususnya ketika si ibu mendodoikan anaknya dalam buaian. Secara tidak langsungn, pantun nasihat ini memperlihatkan harapan yang tinggi menggunung daripada setiap ibu bapa sejak dahulu lagi, supaya anak-anak mereka dapat membaca al-Quran seawal mungkin. Persoalannya apakah cita-cita dan harapan tersebut telah tercapai, atau apakah kebolehan anak-anak untuk membaca al-Quran pada usia kanak-kanak yang belum memasuki alam persekolahan itu suatu yang mustahil atau terlalu sukar untuk dicapai.

Apakah belajar al-Quran itu susah?
Sekiranya belajar al-Quran itu susah atau perkara ini mustahil, kenapakah generasi awal Islam seperti imam as-Syafi`e, as-Sayuti, Ibnu Sina dan lain-lain lagi bukan sahaja dapat membaca al-Quran dengan baik pada usia kanak-kanak, malah telah menghafaz 30 juzuk al-Quran tersebut. Sehubungan dengan ini Allah SWT juga telah menegaskan di dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud: “…dan sesungguhnya Kami mudahkan al-Quran itu untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pengajaran.. .” (Surah al-Qamar, ayat: 13) Ayat ini jelas menyatakan bahawa al-Quran itu merupakan suatu pelajaran yang senang dan telah dipermudahkan oleh Allah SWT untuk manusia mempelajarinya. Namun begitu tidak ramai yang menyahut seruan Allah SWT untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai dan seumpamanya.

Mukjizat
Majoriti masyarakat Islam menerima apa yang ada itu “seadanya”. Mereka beranggapan, kanak-kanak kecil itu masih hingusan dan tidak tahu apa-apa, masih belum mampu membezakan antara kebersihan dan kotoran (mumayyiz) dan sebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini dianggap tidak sesuai untuk diajarkan al-Quran, kerana mereka tidak boleh memberikan tumpuan dan akan merosakkan al-Quran kerana mereka lebih suka bermain daripada belajar.

Mentaliti dan paradigma seperti ini perlu diubah kerana rakaman sejarah dan penemuan pelbagai bukti, fakta dan teknik terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak perlu diajarkan al-Quran ini seawal yang mungkin. Kanak-kanak yang telah dapat membaca al-Quran pasti akan lebih cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan lebih tenang menjalani kehidupan harian. Al-Quran yang dipelajari bukan sahaja merupakan mukjizat dan perlembagaan hidup agung, malah berperanan penting sebagai sumber dan asas kepada semua ilmu dan kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca Bahasa Melayu dan Jawi.

Peringkat awal kanak-kanak merupakan peringkat perkembangan yang berlaku dengan pesatnya, baik dari segi intelek, jasmani, mahupun rohaninya. Kanak-kanak tidak berhenti belajar tentang apa yang berlaku di sekelilingnya dan menjiwai setiap yang mereka pelajari. Inilah masa yang sesuai untuk mengajar, merangsang dan mendidik kanak-kanak dengan al-Quran. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mengajar kanak-kanak bagaikan mengukir di atas batu.

Pakar
Antara penemuan dan fakta penting yang telah ditemui oleh pelbagai pakar, khususnya pakar kanak-kanak mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini ialah dari segi perkembangan potensi otak manusia pada peringkat kanak-kanak. Peringkat ini merupakan tahap yang paling penting untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak dan minda agar menjadi lebih cekap dan bijak melalui pelbagai bentuk rangsangan. Salah seorang pakar yang banyak membuat kajian dan percubaan terhadap kecerdasan otak kanak-kanak, termasuk kanak-kanak cacat otak ialah Dr. Glenn Doman. Antara rumusan penting daripada kajiannya dan pakar-pakar yang lain ialah: Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik.

Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap. Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan. Sekiranya ransangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca juga pada masa kanak-kanak itu dapat bercakap. Walau bagaimanapun kaedah dan suasana pembelajaran yang sesuai diperlukan.

IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan tidak berkesan lagi bila dirangsangkan selepas peringkat ini. Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak. Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapatinya semasa kecil. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cacat otak (seperti akibat demam panas) masih boleh dirawati jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan seperti yang dilakukan oleh pihak Nuri. Berdasarkan pelbagai kajian pakar dan para ilmuan tersebut, amat penting sekali ibu bapa memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan seawal mungkin, khususnya pelajaran al-Quran.

Para ibu bapa juga hendaklah memahami proses pembelajaran simanja yang berkesan seperti melalui ransangan, belaian sentuhan dan sebagainya. Interaksi antara ibu bapa dan anak juga merupakan faktor utama yang membantu melahirkan anak pintar serta berkebolehan membaca al-Quran seawal mungkin. Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka, lebih bagus perkembangan si anak. Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibu bapa yang perihatin terhadap keperluan anak dan sering meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka

Oleh : Ustaz Kamal Mahyuddin Harun, Penyusun Siri Cepat Membaca Al-Quran – Al-Furqan

-------
Sumber: INGATAN@yahoogroups; Monday, June 04 @ 16:59:36 by din-cryptos

Balang & Mayonis


Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh,dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.

Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan,rata- rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

"Sekarang... " profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda... Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda,anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambilperhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.

Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan. .."

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini... "

------
Sumber: INGATAN@yahoogroups; Thu, 6/7/07, umar faruqi

Wednesday, April 25, 2007

Pujian vs Galakan

Dipetik drp INGATAN@yahoogroups (24/04/2007) oleh studioperintis@perintis.com.my

Sbg ibubapa dan pendidik, kita perlu memberi pujian dgn betul dan berpada2. Mungkin anda tertanya-tanya, adakah pujian-pujian yg anda berikan kpd anak2 dan pelajar2 kita itu ada keburukannya? Ya, pujian ada keburukannya jika tidak digunakan dgn betul. Memang pujian itu merupakan satu cara yg agak berkesan utk meningkatkan harga diri seseorang tetapi terdpt satu lagi strategi yg lebih berkesan.

Dr. Rudolph Dreikur, seorang pakar psikologi yg terkenal, pernah berkata, “…seorang kanak2 itu memerlukan galakan spt pokok perlukan matahari dan air”. Strategi ini lebih memberikan kesan berpanjangan kpd cara kanak2 itu melihat dirinya. Pujian dan galakan itu merupakan strategi yg positif, berkesan dan membawa manfaat jika digunakan. Kedua-dua teknik ini boleh:

a) Membina harga diri
b) Meningkatkan rasa bangga
c) Menggalakkan kerjasama
d) Membina perhubungan yg positif
e) Membantu kanak2 semasa mereka menghadapi kesukaran dan masalah

Bagaimanapun, jika anda kaji betul2, sebenarnya ada perbezaan yg ketara antara pujian dan galakan. Cuba anda lihat perbezaannya:

1.1 Pujian ialah satu ganjaran yg perlu dimenangi:
“Tahniah Haziq kerana berjaya dpt A dlm ujian smlm!”

1.2 Galakan pula ialah satu hadiah:
”Abah berasa bangga kerana Haziq betul2 berusaha dgn gigih utk peperiksaan kali ini!”

2.1 Pujian menggunakan perkataan2 yg menunjukkan kita menghakimi:
“Awak dpt jawab semua soalan dgn betul. Tahniah!”

2.2 Galakan menggunakan pertuturan perkataan yg menunjukkan kita mengambil berat:
“Saya berasa gembira apabila awak mencuba utk menjawab soalan saya tadi.”

3.1 Pujian menggalakkan pertandingan:
“Tahniah Aiman! Aiman dpt nombor satu dlm kelas!”

3.2 Galakan menggalakkan kerjasama:
”Teruskan usaha Ain! Nampak makin bagus keputusan periksa Ain.”

4.1 Pujian menunjukkan penerimaan bersyarat:
“Emak sygkan Odah bila Odah dpt keputusan yg baik dlm peperiksaan.”

4.2 Galakan menunjukkan penerimaan tanpa syarat:
“Emak sygkan Odah bila Odah berada di sisi emak.”

5.1 Pujian mengajar kanak2 utk memuaskan hati org dewasa:
“Bagus betul Hafiz hari ini sbb tolong mak mengemas rumah. Mak rasa bangga dgn Hafiz.”

5.2 Galakan pula mengajar kanak2 utk memuaskan hati mereka sendiri:
“Abah perhatikan skrg ini, Syakirin semakin rajin mengulang kaji pelajaran. Syakirin patut bangga dgn diri Syakirin.”

6.1 Pujian hanya boleh diberi apabila kanak2 itu berjaya:
“Tahniah, Zul kerana berjaya mendpt keputusan cemerlang dlm peperiksaan.”

6.2 Galakan pula boleh digunakan apabila seseorg kanak2 itu sedang menghadapi kegagalan atau kekecewaan:
“Tak apa, adik. Emak tahu adik dah berusaha keras utk mendptkan keputusan yg cemerlang dlm ujian Matematik itu. Teruskan usaha adik itu!”

Drp penerangan2 di atas, anda boleh lihat bhw puji2an boleh mendtgkan ketagihan dan boleh menyebabkan kanak2 itu mencari motivasi yg berbentuk luaran. Sebaliknya, galakan akan kurang menyebabkan ketagihan dan lebih menggalakkan motivasi dalaman kanak2 itu. Secara amnya, pujian itu berkesan, tetapi galakan lebih berkesan!

Topik ini dpt mendidik kita agar memberi pujian dan galakan bagi memotivasikan kanak2 utk belajar dgn lebih gigih dlm memahirkan diri mereka dlm bahasa Inggeris. Selain dua strategi ini, ada satu strategi yg lain. Strategi ini juga sering disarankan oleh penulis perhubungan manusia yang tersohor, Dale Carnegie, dlm buku beliau “How to Win Friends and Influence People”. Lihat dlm cerita berikut bagaimana strategi ini digunakan dgn efektif:

“Strategi ini saya pelajari drp John William, yg merupakan Pengerusi di sykt tmpt saya bekerja dahulu. John merupakan seorg ahli korporat yg hebat dan amat berbakat. ‘Kemahiran manusia’ beliau amat menakjubkan dan beliau disayangi, dihormati dan disegani oleh semua orang yg mengenali beliau. Saya amat seronok memerhati dan mempelajari cara beliau berinteraksi dgn org lain.

Bila2 shj setiausaha saya memberitahu bhw John sedang di talian, saya akan berasa teruja. Saya amat seronok berbual dgn beliau. Suatu hari, saya cuba menganalisa sebab2 panggilan beliau cukup menyeronokkan saya. Slps membuat analisa, saya mula memahaminya! John sering memuji saya, “Minit mesyuarat yg awak buat itu cukup hebat.” Beliau juga sering memberi galakan kpd saya, “Saya berasa gembira melihat awak hadir ke perlawanan persahabatan bola sepak sykt kita semlm. Bagus kerana awak sudi meluangkan masa awak untuk datang memberikan sokongan.”

Tetapi apa yg lebih penting ialah John sering menunjukkan minat beliau terhadap diri, keluarga, aktiviti@ dan juga kehidupan saya. Beliau sering menunjukkan minat kpd saya sbg seorg insan dan bukan sekadar pekerja beliau. Apabila John menelefon saya, beliau sudah tentu ingin bertanyakan urusan syarikat tetapi beliau akan memulakan perbualan beliau dgn bertanyakan anak2, isteri atau aktiviti2 saya. Beliau menunjukkan minat terhadap diri saya dan saya amat menyukainya.

Apabila saya menyedari akan kuasa minat ini, saya mula menggunakannya utk membina dan mengekalkan perhubungan dgn kanak2 dan pekerja2 saya. Saya masih ingat lagi pd suatu hari saya bertembung dgn seorg pekerja muda di pejabat dan kami mula berbual. Dgn mengambil iktibar drp sikap John, saya tidak memberi pujian atau galakan kpd beliau. Sebaliknya, saya menunjukkan minat yg ikhlas terhadap diri beliau. “Saya nampak awak baru beli kereta ya, David. Cantik warna kereta awak tu. Di mana awak beli kereta tu?” Muka pekerja muda itu kelihatan teruja! Pengurus Besar syarikat beliau menyedari kereta baru beliau dan mengambil masa utk memberitahu beliau! Perbualan yg ringkas itu lebih bermakna kpd beliau drp sbrg pujian dan galakan“

Pengajaran drp cerita ini, anda sbg ibubapa dan pendidik boleh memberikan hadiah menakjubkan kpd kanak2 dgn menunjukkan minat yg ikhlas dgn kehidupan mereka. Sbg contoh, jika anak anda pulang dg hasil lukisan yg dilukis oleh mereka di sekolah, anda mungkin boleh meluahkan perasaan anda, “Wah! Menariknya lukisan adik ni. Adik baru belajar di sekolah ke?” ataupun jika di sekolah, anda boleh menunjukkan minat anda dgn seseorg pelajar dgn berkata, “Cikgu dpt tahu bapa awak seorg anggota polis. Awak tahu tak datuk saya dulu pun seorg anggota polis?” Cuba tunjukkan minat yg ikhlas dgn kehidupan dan aktiviti2 anak2 dan pelajar2 anda.

Artikel di atas dipetik drp buku Cara Mudah Memperkenalkan Bahasa Inggeris Kepada Anak Anda terbitan Perintis Books Sdn. Bhd. Buku ini boleh dibeli di gerai Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. & gerai Pekan Ilmu Publications & Distributors Sdn. Bhd. mulai 27 April sehingga 6 Mei sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Utk maklumat lanjut, sila lawati www.perintis. books.com. my