Showing posts with label Islam Itu Indah. Show all posts
Showing posts with label Islam Itu Indah. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009

Membuka Pintu Rezeki

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata,

"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada )". Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

Berdasarkan Hadis Nabi:

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah). Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.... Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsbnya..)

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita...

AL-FATIHAH UNTUK MEREKA.

Monday, July 6, 2009

Carilah Rahmat & Kasih Sayang Allah

Tazkirah buat diri saya & sahabat2 semua.

Manusia dimasukkan ke dlm neraka kerana keadilan Allah. Tidak ada siapa pun yg dilemparkan ke dlm neraka kerana terzalim. Mereka yg dilemparkan ke neraka juga tidak terasa dizalimi. Penghuni neraka itu sendiri akan merasakan patut dan layak mereka itu dicampakkan ke dlm neraka dan semua mereka sedar akan punca dan sebab-sebabnya.

Namun demikian, keadaan ini tidak sama dgn syurga. Hakikatnya adalah tidak adil kalau manusia itu dimasukkan ke syurga. Tidak ada manusia yg layak utk ke syurga. Tidak ada kebaikan atau amalan soleh yg dibuat oleh manusia yg dgnnya ia dapat membeli nikmat syurga. Walau bagaimana banyak dan hebatnya amalan soleh seseorang manusia itu, ia tidak akan dapat menebus walaupun nikmat sebelah mata. Ini belum lagi nikmat-nikmat yg lain. Jauh sekalilah utk membeli syurga.

Allah SWT memasukkan manusia ke dlm syurga hanya kerana kasih sayang dan rahmat-Nya. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Manusia tidak dimasukkan ke dlm syurga kerana amalannya.” Maka sahabat bertanya: “Tidakkah juga engkau ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Ya, tidak juga aku. Aku dimasukkan ke syurga kerana rahmat Allah.”

Kalaulah kasih sayang dan rahmat Allah menjadi sebab kita ke syurga, maka itulah perkaranya yg patut kita usahakan. Apa pun yg kita buat atau yg kita amalkan mestilah utk menagih dan mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Dorongan bagi kita utk beramal dan berjuang mestilah juga utk mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Dorongan bagi kita utk menjauhkan maksiat dan kemungkaran mestilah kerana takut tersisih dan terlepas dari kasih sayang dan rahmat Allah dan takut Allah akan murka kepada kita.

Justeru itu, hendaklah kita banyak usahakan perkara-perkara yg boleh mendatangkan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Di antaranya ialah:
* Banyak menyebut nama-nama orang soleh. Menyebut-nyebut nama orang-orang soleh itu rahmat.
* Makan bersama orang soleh kerana itu rahmat.
* Menerima tetamu. Kerana datangnya tetamu itu membawa rahmat dan perginya menghapuskan dosa.
* Banyakkan amalan-amalan sunat. Allah ada berfirman dlm sebuah hadis Qudsi: “Hendaklah kamu lakukan sebanyak-banyaknya amalan-amalan yg sunat sehingga Aku jatuh cinta dan sayang kepadamu.”

Di dlm konteks yg sama, beramal utk mendapatkan sebanyak-banyak pahala dan fadhilat dari ibadah tidak ada erti apa-apa. Pahala dan fadhilat bukan menjadi sebab manusia dimasukkan ke syurga. Ia bukan matawang utk kita beli syurga. Syurga terlalu mahal utk dibeli dgn pahala dan fadhilat.

Mereka yg beramal utk mengumpulkan pahala dan fadhilat demi utk mendapatkan syurga seolah-olah telah mengkesampingkan Tuhan. Seolah-olah mereka telah menggantikan peranan Tuhan itu dgn pahala dan fadhilat; dan seolah-olah pahala dan fadhilat itu menjadi penentu mereka dapat masuk ke syurga. Mereka merasakan seolah-olah dgn memiliki banyak pahala itu akan terjamin kasih sayang Tuhan dan terjamin Allah tidak akan murka pada mereka.

Yg lebih berbahaya lagi ialah apabila pahala dan fadhilat menjadi matlamat amalan mereka dan bukan lagi Tuhan. Walaupun mulut mereka berkata: “Sahaja aku solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya kerana Allah”, tetapi hati mereka mentasdikkan utk mendapat pahala dan fadhilat. Pahala dan fadhilat hanyalah apa yg Allah janjikan di atas amalan soleh yg kita buat dan ia adalah urusan Tuhan. Bukan kerananya kita beramal.

Mereka yg beramal utk pahala dan fadhilat juga telah terjebak dgn cara dunia dan sekularisma. Kalau di dunia mereka mengumpulkan wang utk membeli kesenangan maka mereka terbawa-bawa utk mengumpulkan pahala dan fadhilat guna utk membeli kesenangan di Akhirat.

Pahala dan fadhilat itu sebenarnya ibarat hadiah dari Tuhan. Adakah patut kita berlumba-lumba utk mendapat dan mengumpulkan hadiah tetapi tidak mengendahkan dan tidak mempedulikan Tuhan yg memberikan hadiah itu. Apa dan siapa sebenarnya yg harus kita sanjung dan perbesarkan, hadiah atau yg memberi hadiah?

Kalaupun kita dapat mengumpulkan sebanyak-banyak pahala, apalah ertinya kalau kita tidak mendapat kasih sayang dan rahmat Tuhan. Tetapi kalau kita mendapat rahmat dan kasih sayang Tuhan, ertinya kita sebenarnya telah mendapat segala-galanya. Tidak ada apa lagi yg kita perlukan kalau kita sudah mendapat rahmat dan kasih sayang Tuhan.

--- Forwarded by Nor Azira Ishak/RapidKL on 29/06/2009 20:22 ---