Showing posts with label Ingatan. Show all posts
Showing posts with label Ingatan. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009

Membuka Pintu Rezeki

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata,

"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada )". Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

Berdasarkan Hadis Nabi:

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah). Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.... Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsbnya..)

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita...

AL-FATIHAH UNTUK MEREKA.

Monday, July 6, 2009

Tangan Yang Indah.....

(Kepada sesiapa yg masih ada ibu... )

Sekadar gambar hiasan...

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya utk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dgn orang lain, dan saya bukanlah orang yg sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yg menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yg berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yg kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yg cantik. Dan kerana ketidaksabaran saya, maka utk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dlm fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dgn susah mencuba utk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yg dlm kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yg keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room utk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan.

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dlm fitting room tersebut dan terbayg tangan ibu saya yg sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yg penuh dgn kasih, yg pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa utk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dgn cara yg paling berbekas dlm hati saya.

Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yg membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yg paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dgn sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yg penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yg begitu agung, tetapi tak satu pun yg dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

"JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DI DUNIA INI SENTIASA MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".

Berbahagialah kepada sesiapa yg masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yg terbaik utknya..........

--- Forwarded by Nurull Firdaus Bt Hassim/CUSTODY/Maybank on 06/05/2009 02:29 PM ---

Carilah Rahmat & Kasih Sayang Allah

Tazkirah buat diri saya & sahabat2 semua.

Manusia dimasukkan ke dlm neraka kerana keadilan Allah. Tidak ada siapa pun yg dilemparkan ke dlm neraka kerana terzalim. Mereka yg dilemparkan ke neraka juga tidak terasa dizalimi. Penghuni neraka itu sendiri akan merasakan patut dan layak mereka itu dicampakkan ke dlm neraka dan semua mereka sedar akan punca dan sebab-sebabnya.

Namun demikian, keadaan ini tidak sama dgn syurga. Hakikatnya adalah tidak adil kalau manusia itu dimasukkan ke syurga. Tidak ada manusia yg layak utk ke syurga. Tidak ada kebaikan atau amalan soleh yg dibuat oleh manusia yg dgnnya ia dapat membeli nikmat syurga. Walau bagaimana banyak dan hebatnya amalan soleh seseorang manusia itu, ia tidak akan dapat menebus walaupun nikmat sebelah mata. Ini belum lagi nikmat-nikmat yg lain. Jauh sekalilah utk membeli syurga.

Allah SWT memasukkan manusia ke dlm syurga hanya kerana kasih sayang dan rahmat-Nya. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Manusia tidak dimasukkan ke dlm syurga kerana amalannya.” Maka sahabat bertanya: “Tidakkah juga engkau ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Ya, tidak juga aku. Aku dimasukkan ke syurga kerana rahmat Allah.”

Kalaulah kasih sayang dan rahmat Allah menjadi sebab kita ke syurga, maka itulah perkaranya yg patut kita usahakan. Apa pun yg kita buat atau yg kita amalkan mestilah utk menagih dan mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Dorongan bagi kita utk beramal dan berjuang mestilah juga utk mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Dorongan bagi kita utk menjauhkan maksiat dan kemungkaran mestilah kerana takut tersisih dan terlepas dari kasih sayang dan rahmat Allah dan takut Allah akan murka kepada kita.

Justeru itu, hendaklah kita banyak usahakan perkara-perkara yg boleh mendatangkan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Di antaranya ialah:
* Banyak menyebut nama-nama orang soleh. Menyebut-nyebut nama orang-orang soleh itu rahmat.
* Makan bersama orang soleh kerana itu rahmat.
* Menerima tetamu. Kerana datangnya tetamu itu membawa rahmat dan perginya menghapuskan dosa.
* Banyakkan amalan-amalan sunat. Allah ada berfirman dlm sebuah hadis Qudsi: “Hendaklah kamu lakukan sebanyak-banyaknya amalan-amalan yg sunat sehingga Aku jatuh cinta dan sayang kepadamu.”

Di dlm konteks yg sama, beramal utk mendapatkan sebanyak-banyak pahala dan fadhilat dari ibadah tidak ada erti apa-apa. Pahala dan fadhilat bukan menjadi sebab manusia dimasukkan ke syurga. Ia bukan matawang utk kita beli syurga. Syurga terlalu mahal utk dibeli dgn pahala dan fadhilat.

Mereka yg beramal utk mengumpulkan pahala dan fadhilat demi utk mendapatkan syurga seolah-olah telah mengkesampingkan Tuhan. Seolah-olah mereka telah menggantikan peranan Tuhan itu dgn pahala dan fadhilat; dan seolah-olah pahala dan fadhilat itu menjadi penentu mereka dapat masuk ke syurga. Mereka merasakan seolah-olah dgn memiliki banyak pahala itu akan terjamin kasih sayang Tuhan dan terjamin Allah tidak akan murka pada mereka.

Yg lebih berbahaya lagi ialah apabila pahala dan fadhilat menjadi matlamat amalan mereka dan bukan lagi Tuhan. Walaupun mulut mereka berkata: “Sahaja aku solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya kerana Allah”, tetapi hati mereka mentasdikkan utk mendapat pahala dan fadhilat. Pahala dan fadhilat hanyalah apa yg Allah janjikan di atas amalan soleh yg kita buat dan ia adalah urusan Tuhan. Bukan kerananya kita beramal.

Mereka yg beramal utk pahala dan fadhilat juga telah terjebak dgn cara dunia dan sekularisma. Kalau di dunia mereka mengumpulkan wang utk membeli kesenangan maka mereka terbawa-bawa utk mengumpulkan pahala dan fadhilat guna utk membeli kesenangan di Akhirat.

Pahala dan fadhilat itu sebenarnya ibarat hadiah dari Tuhan. Adakah patut kita berlumba-lumba utk mendapat dan mengumpulkan hadiah tetapi tidak mengendahkan dan tidak mempedulikan Tuhan yg memberikan hadiah itu. Apa dan siapa sebenarnya yg harus kita sanjung dan perbesarkan, hadiah atau yg memberi hadiah?

Kalaupun kita dapat mengumpulkan sebanyak-banyak pahala, apalah ertinya kalau kita tidak mendapat kasih sayang dan rahmat Tuhan. Tetapi kalau kita mendapat rahmat dan kasih sayang Tuhan, ertinya kita sebenarnya telah mendapat segala-galanya. Tidak ada apa lagi yg kita perlukan kalau kita sudah mendapat rahmat dan kasih sayang Tuhan.

--- Forwarded by Nor Azira Ishak/RapidKL on 29/06/2009 20:22 ---

Thursday, February 19, 2009

Kelebihan Surah al-Ikhlas

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim... bismilla hirrahmannirrahim'

Tafsirannya :
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah. Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-Ikhlas, al-Falaq and an-Nas pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

---Sumbangan: Nurul Akmar Abd Mutalib/RapidKL, Thu Feb 19, 2009 09:05 am---

Thursday, August 7, 2008

Pendidikan Seawal Usia


Harapan sepanjang zaman
“Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab” Pantun nasihat seperti ini telah dialunkan sejak zaman berzaman, sebagai warisan nenek moyang kita bangsa Melayu, khususnya ketika si ibu mendodoikan anaknya dalam buaian. Secara tidak langsungn, pantun nasihat ini memperlihatkan harapan yang tinggi menggunung daripada setiap ibu bapa sejak dahulu lagi, supaya anak-anak mereka dapat membaca al-Quran seawal mungkin. Persoalannya apakah cita-cita dan harapan tersebut telah tercapai, atau apakah kebolehan anak-anak untuk membaca al-Quran pada usia kanak-kanak yang belum memasuki alam persekolahan itu suatu yang mustahil atau terlalu sukar untuk dicapai.

Apakah belajar al-Quran itu susah?
Sekiranya belajar al-Quran itu susah atau perkara ini mustahil, kenapakah generasi awal Islam seperti imam as-Syafi`e, as-Sayuti, Ibnu Sina dan lain-lain lagi bukan sahaja dapat membaca al-Quran dengan baik pada usia kanak-kanak, malah telah menghafaz 30 juzuk al-Quran tersebut. Sehubungan dengan ini Allah SWT juga telah menegaskan di dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud: “…dan sesungguhnya Kami mudahkan al-Quran itu untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pengajaran.. .” (Surah al-Qamar, ayat: 13) Ayat ini jelas menyatakan bahawa al-Quran itu merupakan suatu pelajaran yang senang dan telah dipermudahkan oleh Allah SWT untuk manusia mempelajarinya. Namun begitu tidak ramai yang menyahut seruan Allah SWT untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai dan seumpamanya.

Mukjizat
Majoriti masyarakat Islam menerima apa yang ada itu “seadanya”. Mereka beranggapan, kanak-kanak kecil itu masih hingusan dan tidak tahu apa-apa, masih belum mampu membezakan antara kebersihan dan kotoran (mumayyiz) dan sebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini dianggap tidak sesuai untuk diajarkan al-Quran, kerana mereka tidak boleh memberikan tumpuan dan akan merosakkan al-Quran kerana mereka lebih suka bermain daripada belajar.

Mentaliti dan paradigma seperti ini perlu diubah kerana rakaman sejarah dan penemuan pelbagai bukti, fakta dan teknik terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak perlu diajarkan al-Quran ini seawal yang mungkin. Kanak-kanak yang telah dapat membaca al-Quran pasti akan lebih cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan lebih tenang menjalani kehidupan harian. Al-Quran yang dipelajari bukan sahaja merupakan mukjizat dan perlembagaan hidup agung, malah berperanan penting sebagai sumber dan asas kepada semua ilmu dan kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca Bahasa Melayu dan Jawi.

Peringkat awal kanak-kanak merupakan peringkat perkembangan yang berlaku dengan pesatnya, baik dari segi intelek, jasmani, mahupun rohaninya. Kanak-kanak tidak berhenti belajar tentang apa yang berlaku di sekelilingnya dan menjiwai setiap yang mereka pelajari. Inilah masa yang sesuai untuk mengajar, merangsang dan mendidik kanak-kanak dengan al-Quran. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mengajar kanak-kanak bagaikan mengukir di atas batu.

Pakar
Antara penemuan dan fakta penting yang telah ditemui oleh pelbagai pakar, khususnya pakar kanak-kanak mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini ialah dari segi perkembangan potensi otak manusia pada peringkat kanak-kanak. Peringkat ini merupakan tahap yang paling penting untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak dan minda agar menjadi lebih cekap dan bijak melalui pelbagai bentuk rangsangan. Salah seorang pakar yang banyak membuat kajian dan percubaan terhadap kecerdasan otak kanak-kanak, termasuk kanak-kanak cacat otak ialah Dr. Glenn Doman. Antara rumusan penting daripada kajiannya dan pakar-pakar yang lain ialah: Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik.

Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap. Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan. Sekiranya ransangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca juga pada masa kanak-kanak itu dapat bercakap. Walau bagaimanapun kaedah dan suasana pembelajaran yang sesuai diperlukan.

IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan tidak berkesan lagi bila dirangsangkan selepas peringkat ini. Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak. Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapatinya semasa kecil. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cacat otak (seperti akibat demam panas) masih boleh dirawati jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan seperti yang dilakukan oleh pihak Nuri. Berdasarkan pelbagai kajian pakar dan para ilmuan tersebut, amat penting sekali ibu bapa memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan seawal mungkin, khususnya pelajaran al-Quran.

Para ibu bapa juga hendaklah memahami proses pembelajaran simanja yang berkesan seperti melalui ransangan, belaian sentuhan dan sebagainya. Interaksi antara ibu bapa dan anak juga merupakan faktor utama yang membantu melahirkan anak pintar serta berkebolehan membaca al-Quran seawal mungkin. Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka, lebih bagus perkembangan si anak. Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibu bapa yang perihatin terhadap keperluan anak dan sering meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka

Oleh : Ustaz Kamal Mahyuddin Harun, Penyusun Siri Cepat Membaca Al-Quran – Al-Furqan

-------
Sumber: INGATAN@yahoogroups; Monday, June 04 @ 16:59:36 by din-cryptos

Balang & Mayonis


Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh,dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.

Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan,rata- rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

"Sekarang... " profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda... Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda,anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambilperhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.

Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan. .."

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini... "

------
Sumber: INGATAN@yahoogroups; Thu, 6/7/07, umar faruqi

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

-----
Oleh: zatyrainz@www.iLuvislam.com

Pernikahan atau Perkahwinan...


Buat para/bakal suami dan para/bakal isteri, renung2kanlah.....

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!


Untuk isteri.... renungkanlah. ....

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw. Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub. Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!


Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu
mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

---------
Sumbangan: JUNHAIRI BIN ABD JALIL ; penawarku@yahoogroups.com

Manggis & Islam


Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng; Anak Ah Kuan, towkay kedai runcit dikampung itu. Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan berkeliling dengan Hondanya sambil menjaja buah-buahan musiman. Sekarang memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.

Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap di sebuah kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung- kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah saperti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit di situ.

Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan di antara orang-orang kampung tempat dia bertanya.

"Dah lama sangat aku tengok kamu asik bertanya pasal Islam ni, Seng," kata Haji Seman setelah puas memberi jawaban kapada beberapa soalan tentang Islam yang disugguhkan oleh Ah Seng.

"Aku nak tanya lak. Kamu bertanya ni sebab kamu dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau kamu nak masuk Islam? Atau kamu cuma nak tau jer?"

Ah Seng tersengeh mendengar soalan-soalan Haji Seman.

"Eh... Takde le, Pak Man. Saya belum nak kawin lagi," katanya menjawab sekali gus
membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar di kalangan orang Melayu.

"Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man," katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak towkay cina ini.

Tapi...

"Tapi apa, Ah Seng," dia bertanya. Haji Seman ingin tahu sangat apa yang membuat
orang asing teragak-agak menerima Islam.

"Pak Man tak marah kalau saya terus terang?" Ah Seng meminta jaminan dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitif.

"Cakap le. Aku tak marah," kata Haji Seman memberi jaminan.

"Sebenarnya, Pak Man," Ah Seng memulakan.

"Saya bukan jer bertanya tentang Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ada saya tanyakan gak. Tak tau le kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas dengan ugama yang diamalkan keluarga saya."

"Oh... Camtu rupanya. Lalu apa yang kamu dapat dalam perbandingan ugama ni," tanya Haji Seman.

"Di mana kamu letakkan ugama Islam?"

"Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak larangannya. Saya takut saya tak kuat."

"Ah Seng... Ah Seng," Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan.

"Begini, Seng," sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis dari keranjang.

"Kamu tengok manggis ni. Ini le buah manggis. Tidak ada lain buah yang dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang jer nak kenal buah manggis ni. Tapi kalo kamu tengok. Kamu tenung lama- lama. Ada jer yang kamu nak komen. Misalnya kulit dia tebal le. Warnanya tak konsisten le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak. Macam-macam le kamu leh komen kalo kamu nak."

Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya.

"Tapi bila kamu kupas kulit dia. Kamu tengok. Putih isi dia. Kamu ambil seulas dan rasa," Haji Seman melakukan apa yang dikatanya.

"Mmmm... Manis. Bagus manggis ni."

"Begitu le Islam. Kamu cuma tengok dari luar. Puasa memang berat bagi orang yang
tidak pernah berpuasa. Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak pernah sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun solat subuh. Siang hari tengah syok-syok shopping kena berhenti lak solat zuhur. Dan seterusnya le."

"Tapi bila kamu mengetahui isi segala apa yang diperintah itu kamu akan melihat keputihan nya. Kesuciannya. Kemanisannya."

Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.

Sumbangan: JUNHAIRI BIN ABD JALIL ; penawarku@yahoogroups.com

Tuesday, June 17, 2008

Kata Ibu...


KATA IBU...

Masih ku ingat kata-kata ibu sambil memberi wang dan berpesan Sayang, “Pergilah ke kedai Pak Mamat beli sekati gula dan sekati tepung kalau tiada pergi ke kedai Maniam kalau tiada jua belilah di kedai Ah Chong”. Sambil berlari girang dicelah-celah pepohon nyiur yang melambai indah dengan sarang-sarang tempua berhayunan bagaikan buaian aku membeli gula dan tepung di kedai Pak Mamat bertahun-tahun begitu sesekali aku ke kedai Maniam dan Ah Chong.

Kata Ibu: “Beli di kedai Pak Mamat kita dapat berkat Pak Mamat membayar zakat kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong siapa menanggung dosa kalau mereka jadi kaya raya wang tadi dibina patung-patung dewa kita terheret percuma masuk neraka hanya sedikit yang masuk syurga selainnya masuk neraka kerana subahat membina Muruga dan dewa”.

Kata Ibu: “Kalau mereka menjadi kaya raya nanti mereka menjadi ceti diberi Melayu pinjamnya wang habis dilelongnya tanah warisan kerana Melayu tak mampu bayar hutang”.

Kata Ibu: “Kalau mereka kaya raya habis dibelinya tanah dan bendang.. padi naik harga kerana Melayu hanya jadi kuli bukan tuan.. kilang bukan kita punya kedai juga bukan kita punya.. tengok tu minum kopi pun kata mereka sedap di kedai Cina”.

Kata Ibu: “Kalau mereka kaya raya habis dibelinya pekan dan kampung.. kita nantinya tinggal di pinggir sungai bakau dan berumah di bukit bukau.. tapi kini sungai juga dibeli dijadikan kolam udang.. bukit juga dibeli dibina kondo mewah.. Melayu mahu tinggal di mana? Dalam hutan belantara?”.

Kata Ibu: “Tanamlah kucai kita dapat berkat kerana makan sayur yang tidak subahat.. kucai di kedai Cina disiram najis babi.. kalau kita tanam kucai kita gemukkan kucai dengan tahi kambing”

Kata Ibu: “Jangan makan tokua kalau tak tahu siapa pembuatnya.. jangan makan mi kalau Ah Chai yang membuatnya.. kalau makan makanan subahat hati hilang sinarnya.. kerana memakan makanan subahat hati, dipenuhi bintik-bintik hitam penuh noda dan dosa.. hati akhirnya mati... kita nantinya semakin renggang dari kekasih tuhan.. kita nantinya menjauhkan diri dari yang Maha Pencipta.. dosa kita berganda-ganda lalu tuhan turunkan bala”..

Itulah, bila ibu berkata rupanya benar-benar belaka…. Fikir-fikirkan...

Sumbangan: Nurul Akmar Abd Mutalib, Isnin, 16 Jun 2008 @ 12:41 PM

Saturday, February 9, 2008

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word????


This is a beautiful story…

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa wakes up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Quran do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water." The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.

Out of breathe, he said, "See Grandpa, it's useless!" "So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket." The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. "Son, that's what happens when you read the Quran. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.

If you feel this story is worth reading, please forward to your contacts/friends. Prophet Muhammad (pub) says: "The one who guides to good will be rewarded equally"

By Zaid Hanafi (ingatan@yahoogroups.com)

Sunday, September 23, 2007

Kisah Lelaki Tua Dgn 3 Anaknya



Nota: gambar di atas hanyalah sekadar hiasan.

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun2 kematian isteri. Dgn allahyarham isterinya itu dulu dia dikurniakan 3 orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga2 ini yg paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dgn Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dgn Anis.

Kadang2 dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya.. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yg mendung Raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yg disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yg disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan. Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial2lah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yg dah tua dan si Amsal yg kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI?

Adapun anak2 si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA, Anis ialah ANAK-ISTERI, dan Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kpd Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yg dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur). Oleh itu dlm kita mengejar cita-cita di dunia ini jgnlah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yg lima.

Sama2lah kita mendpt kesenangan di dunia dan di akhirat.

-----Original Message-----
From: Roslinda
Sent: Monday, June 25, 2007 11:19

Friday, June 8, 2007

Pesanan buat anak-anakku...



1. Kita bukannya baik untuk cakap kita baik.........
2. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
3. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin
4. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome
5. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa
6. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat
7. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang
8. Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah
9. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

TAPI...

9. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
10. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan
11. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri
12. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain
13. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain ke arah kebaikan dan menjadi
contoh dan tauladan orang lain
14. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita
kepada-Nya dengan seikhlas hati
15. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah
16. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan
agama

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk mencaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. Setiap apa yang diciptakanNya mempunyai hikmah yang tersendiri. Sedarlah!

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH.

Thursday, April 5, 2007

Manusia, Malaikat & Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya
sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai ALLah,
berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh? Letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan
akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan
di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku buat tak tahu dgn kisah nie?
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Tepuk dada ranya selera........

Friday, March 30, 2007

Sedekah...

Salam.

Sebenarnya ada satu amalan yg tak pernah saya tinggalkan iaitu membaca Ayat Seribu Dinar dlm doa setiap kali lepas solat. Kemudian yakin dgn-Nya. Setiap kali saya dlm kesusahan/kesempitan/kebuntuan, Allah berikan pertolongan-Nya melalui cara yg tdk disangka. Itu janji Dia dlm ayat ini. Asalkan kita ikhlas kpd-Nya serta yakin bhw hanya Allah yg dpt membantu kita. Saya berani nyatakan ini kerana saya sering mengalaminya. Byk bantuan-Nya yg dtg dlm kebetulan.

Nurul wrote on Friday, March 30, 2007 9:03 AM;

Insyallah I dah pernah rasa... dalam tak ada fulus, tapi jika kita niat ikhlas menolong... walau pun menolong haiwan, Insyallah pulangannya yang tak disangka-sangka.

-----Original Message-----
From: Siti Rohana Ismail
Sent: Friday, March 02, 2007 9:36 AM

Sekadar renungan pagi Jumaat....

Kiriman dari kenalan....

Assalamualaikum .

Saya teringat pesan rakan saya seorang yg berjaya. Katanya: "Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung; "Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki".

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada RM2 saya sedekahkan RM1. Kalau ada RM40 saya sedekahkan RM10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dgn niat kalau dia bayar Alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah.

Alhamdullilah, rezeki saya Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang juga. Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan
agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia
bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang2, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji spt biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang2 bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya."

(Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish)."

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat ."

Sekdar utk berpesan. Semoga ada manfaat.

Wassalam

Note: Thanks Nurul.

Wednesday, February 7, 2007

A Very Beautiful Advice

Hmmm.... I do agree with the writer. We always take our parents for granted. Thanks Zuraini for a very waking up story.

-----Original Message-----
From: zuraini [mailto:zuraini@hz-fukui.com.my]
Sent: Tuesday, February 06, 2007 2:59 PM

A simple man tells how his booking an air ticket for his father, his first flight, brought emotions and made him realize that how much we all take for granted when it comes to our parents.......

My parents left for our native place on Thursday and we went to the airport to see them off. In fact, my father had never traveled by air before, so I just took this opportunity to make him experience the same. In spite of being asked to book tickets by train, I got them tickets on Lufthansa. The moment I handed over the tickets to him, he was surprised to see that I had booked them by air. The excitement was very apparent on his face, waiting for the time of travel. Just like a school boy, he was preparing himself on that day and we all went to the airport, right from using the trolley for his luggage, the baggage check-in and asking for window seat and waiting restlessly for the security check-in to happen. He was thoroughly enjoying himself and I, too, was overcome with joy watching him experience all these things.

As they were about to go in for the security check-in, he walked up to me with tears in his eyes and thanked me. He became very emotional and it was not as if I had done something great but the fact that this meant a great deal to him. When he said thanks, I told him there was no need to thank me. But later, thinking about the entire incident, I looked back at my life.

As a child how many dreams our parents have made come true. Without understanding the financial situation, we ask for football, dresses, toys, outings, etc. Irrespective of their affordability, they have satisfied to all our needs. Did we ever think about the sacrifices they had to make to accommodate many of our wishes? Did we ever say thanks for all that they have done for us?

Same way, today when it comes to our children, we always think that we should put them in a good school. Regardless of the amount of donation, we will ensure that we will have to give the child the best, theme parks, toys, etc. But we tend to forget that our parents have sacrificed a lot for our sake to see us happy, so it is our responsibility to ensure that their dreams are realized and what they failed to see when they were young, it is our responsibility to ensure that they experience all those and their life is complete.

Many times, when my parents had asked me some questions, I have actually answered back without patience. When my daughter asks me something, I have been very polite in answering. Now I realize how they would have felt at those moments. Let us realize that old age is a second childhood and just as we take care of our children, the same attention and same care need to be given to our parents and elders. Rather than my dad saying thank you to me, I would want to say sorry for making him wait so long for this small dream. I do realize how much he has sacrificed for my sake and I will do my best to give the best possible attention to all their wishes. Just because they are old does not mean that they will have to give up everything and keep sacrificing for their grandchildren also. They have wishes, too. Take care of ur parents.

Pls pass on this mail to every child who loves parents and want to love them more......

Saturday, January 27, 2007

Hanya kerak nasi untuk mak....

Hari ini saya terbaca satu cerita sedih drp salah satu posting dlm "penawarku group". Terima kasih saudara joe labu [ijol1974@yahoo.com] kerana sudi berkongsi cerita ini dgn sesiapa saje yg sudi. Mari kita kongsi bersama.

(posted on January 16, 2007)

Ada lagu yang mengatakan andai bumi terbelah aku tetap cinta padamu...
Ada yang mengatakan hanya kau yang ku cinta di dunia...
...tapi sayang. orang yang paling dan patut kita sayangi di dunia ini ialah IBU kita... bukan kekasih.. yang hanya datang sekejap dalam hidup kita...

FIKIRKANLAH... Itulah pengorbanan seorang ibu....sedih. ....sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup.

Cerita dari seorang kawan: Cerita betul yg meyayat hati....

Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.

Aku minta untuk membantu,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak yang nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan Aidilfitri bersamanya. Aku tahu jauh di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya... tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.

Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. Bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera... memang berselera semua sukakan nasi goreng mak... Mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya...

Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku... "Ahhh... mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu" seraya tu abang ku bertanya: "siapa tak makan lagi nasi ni?". Aku menjawab "mak belum makan apa lagi tu". Mak dengan bersungguh menjawab "Ehh mak tak mau... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi". Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati "Oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya".

Bila semua dah pulang... aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. Lantas aku tanya "mak nak apa... nak ambilkan". "Takpa nak rasa ni sikit". Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan. Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang.

Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan... YA RABB Engkau peliharalah Ibu. Ampunilah dosanya. Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga. AMIN...

p/s:
Mampukah kita sbg IBU zaman sekarang berkorban utk anak2 yg semakin membesar? Terbalaskah jasa IBU yg melahirkan, membesarkan kita?