Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009

Membuka Pintu Rezeki

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata,

"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada )". Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

Berdasarkan Hadis Nabi:

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah). Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.... Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsbnya..)

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita...

AL-FATIHAH UNTUK MEREKA.

Saturday, July 4, 2009

Why keep aspirin by your bedside?


About Heart Attacks

There are other symptoms of an heart attack besides the pain on the left arm.

One must also be aware of an intense pain on the chin, as well as nausea and lots of sweating, however these symptoms may also occur less frequently.

Note: There may be no pain in the chest during a heart attack.

The majority of people (about 60%) who had an heart attack during their sleep, did not wake up. However, if it occurs, the chest pain may wake you up from your deep sleep..

If that happens, immediately dissolve two aspirins in your mouth and swallow them with a bit of water.

Afterwards
- phone a neighbor or a family member who lives very close by
- say "heart attack!"
- say that you have taken 2 aspirins.
- take a seat on a chair or sofa near the front door, and wait for their arrival and ....
~ do NOT lie down ~

----- Forwarded by Nurul Akmar Abd Mutalib on 07/02/2009 08:36 AM -----

Thursday, February 19, 2009

Kelebihan Surah al-Ikhlas

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim... bismilla hirrahmannirrahim'

Tafsirannya :
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah. Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-Ikhlas, al-Falaq and an-Nas pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

---Sumbangan: Nurul Akmar Abd Mutalib/RapidKL, Thu Feb 19, 2009 09:05 am---

Tuesday, February 3, 2009

Kelebihan Berpuasa Hari Asyura (10 Muharram)

Muharram Menjelang Lagi

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

Kelebihan

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Asyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura!".

Bezakan Puasa Dengan Orang Yahudi

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

Sejarah 10 Muharram

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Semoga dengan sedikit info ini akan mengerakkan lagi hati kita untuk terus beramal kepadaNya walaupun di keadaan yang sibuk dengan sebarang urusan sekalipun... Wallahu A'lam...

"Ballighu anni walau ayah", maksudnya: sampaikanlah kepadaku walau satu ayat...(sayyidina Ali r.a). Sebarkan.

---Sumber: Maznita Masran/RapidKL, Tue Jan 6, 2009 05:35 pm---

Saturday, December 27, 2008

Rahsia Kelebihan Solat Tahajjud

Pada paras alfa, frekuensi otak berada dalam lingkugan 7 hingga 14 kitaran persaat. Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif. Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara 'sedar dengan lena'. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi.

Paras alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi.

Paras ini adalah sepertimana anda hampir-hampir hendak tertidur. Malangnya anda tidak dapat kekalkan keadaan ini. Hanya waktu yang singkat sahaja anda berada pada paras alfa ,lalu anda tertidur.Ini berlaku secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, paras alpha boleh dicapai dengan menurunkan secara sengaja frekuensi otak ke tahap yang lebih rendah daripada keadaan sedar.

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, 'Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit dunia. setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, 'Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni?'"

Salah satu caranya ialah dengan anda melakukan qiaimulail. Pada ketika ini apabila anda bangun tidur terutamanya pada pertengahan malam, otak anda dalam keadaan hening dan tenang. Paras kortisol amat rendah pada waktu ini.

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." (Surah Huud:114)

Anda sebenarnya masih dalam keadaan yang mengantuk seperti mahu tidur lagi.Apabila anda melaksanakan solat tahajud misalnya, anda seperti hendak tertidur tetapi masih dalam keadaan berjaga.Pada ketika ini anda sebenarnya berada pada pertengahan antara sedar dan lena yang mana anda sebenarnya pada pada tahap frekuensi alpha . Bila anda dengan sengaja melakukan solat tahajud, anda dapat berada lebih lama dalam keadaan alpha.

Inilah salah satu rahsia kehebatan solat tahajud pada ketika kita melakukan qiaimulail.Begitu juga dengan amalan-amalan berzikir,membaca alquraan, muhasabah diri dan beristiqfar pada melakukan ibadah qiaimulail pada pertengahan malam adalah merupakan aktiviti yang mana meletakkan anda pada tahap paras alpha.

Pada tahap ini kesedaran dan fokus anda anda begitu tinggi hinggakan emosi anda akan lebih jelas iaitu seperti apabila anda mengenangkan dosa-dosa dan takut kepada azab Allah , hati anda akan mudah tersentuh dan anda benar-benar dapat merasakan kehebatan,kebesaran dan keagungan Allah. Mata hati anda akan menjadi terang supaya anda benar-benar bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bekalan untuk menghadapi kematian anda pada bila-bila masa .

---Sumber: penawarku@yahoogroups.com (http://mindataqwa.blogspot.com), Sun Dec 7, 2008 10:52 am---

Peristiwa Bersejarah di Bulan Muharam

Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-Nya.

Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mukjizat kepada Nabi-Nabi-Nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurniaNya yang terbesar iaitu keampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hamba-Nya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.

Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi SAW baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, “Hari ini Allah SWT memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi SAW: “Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu.”

Maka Nabi SAW pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.

Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis. “Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad SAW dan mengenyangkan perut mereka.” Sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah, “benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub.

Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura.” Maka pada hari itu (10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh AS berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohon keampunan.

Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT.

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.

Pertama:
Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

Ke-dua:
Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris AS telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.

Ke-tiga:
Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh AS kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia dan binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh AS kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh AS.

Ke-empat:
Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.

Ke-lima:
Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun baginda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud AS maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.

Ke-enam:
Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.

Ke-tujuh:
Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa AS.

Ke-lapan:
Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

Ke-sembilan:
Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.

Ke-sepuluh:
Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman AS pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.

Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. Nabi SAW telah bersabda dengan maksudnya: “Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya.”

Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunat.

Sumber: ingatan@yahoogroups.com (andri satriawan); Tue Dec 23, 2008 8:05 pm

Tuesday, August 26, 2008

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia - Penjelasan Sains

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Sumber: ummiku-sayang@yahoogroups; "zaireen mohamed shah" ,
Wed Aug 13, 2008 4:00 am

Thursday, August 7, 2008

Pendidikan Seawal Usia


Harapan sepanjang zaman
“Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab” Pantun nasihat seperti ini telah dialunkan sejak zaman berzaman, sebagai warisan nenek moyang kita bangsa Melayu, khususnya ketika si ibu mendodoikan anaknya dalam buaian. Secara tidak langsungn, pantun nasihat ini memperlihatkan harapan yang tinggi menggunung daripada setiap ibu bapa sejak dahulu lagi, supaya anak-anak mereka dapat membaca al-Quran seawal mungkin. Persoalannya apakah cita-cita dan harapan tersebut telah tercapai, atau apakah kebolehan anak-anak untuk membaca al-Quran pada usia kanak-kanak yang belum memasuki alam persekolahan itu suatu yang mustahil atau terlalu sukar untuk dicapai.

Apakah belajar al-Quran itu susah?
Sekiranya belajar al-Quran itu susah atau perkara ini mustahil, kenapakah generasi awal Islam seperti imam as-Syafi`e, as-Sayuti, Ibnu Sina dan lain-lain lagi bukan sahaja dapat membaca al-Quran dengan baik pada usia kanak-kanak, malah telah menghafaz 30 juzuk al-Quran tersebut. Sehubungan dengan ini Allah SWT juga telah menegaskan di dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud: “…dan sesungguhnya Kami mudahkan al-Quran itu untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pengajaran.. .” (Surah al-Qamar, ayat: 13) Ayat ini jelas menyatakan bahawa al-Quran itu merupakan suatu pelajaran yang senang dan telah dipermudahkan oleh Allah SWT untuk manusia mempelajarinya. Namun begitu tidak ramai yang menyahut seruan Allah SWT untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai dan seumpamanya.

Mukjizat
Majoriti masyarakat Islam menerima apa yang ada itu “seadanya”. Mereka beranggapan, kanak-kanak kecil itu masih hingusan dan tidak tahu apa-apa, masih belum mampu membezakan antara kebersihan dan kotoran (mumayyiz) dan sebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini dianggap tidak sesuai untuk diajarkan al-Quran, kerana mereka tidak boleh memberikan tumpuan dan akan merosakkan al-Quran kerana mereka lebih suka bermain daripada belajar.

Mentaliti dan paradigma seperti ini perlu diubah kerana rakaman sejarah dan penemuan pelbagai bukti, fakta dan teknik terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak perlu diajarkan al-Quran ini seawal yang mungkin. Kanak-kanak yang telah dapat membaca al-Quran pasti akan lebih cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan lebih tenang menjalani kehidupan harian. Al-Quran yang dipelajari bukan sahaja merupakan mukjizat dan perlembagaan hidup agung, malah berperanan penting sebagai sumber dan asas kepada semua ilmu dan kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca Bahasa Melayu dan Jawi.

Peringkat awal kanak-kanak merupakan peringkat perkembangan yang berlaku dengan pesatnya, baik dari segi intelek, jasmani, mahupun rohaninya. Kanak-kanak tidak berhenti belajar tentang apa yang berlaku di sekelilingnya dan menjiwai setiap yang mereka pelajari. Inilah masa yang sesuai untuk mengajar, merangsang dan mendidik kanak-kanak dengan al-Quran. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mengajar kanak-kanak bagaikan mengukir di atas batu.

Pakar
Antara penemuan dan fakta penting yang telah ditemui oleh pelbagai pakar, khususnya pakar kanak-kanak mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini ialah dari segi perkembangan potensi otak manusia pada peringkat kanak-kanak. Peringkat ini merupakan tahap yang paling penting untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak dan minda agar menjadi lebih cekap dan bijak melalui pelbagai bentuk rangsangan. Salah seorang pakar yang banyak membuat kajian dan percubaan terhadap kecerdasan otak kanak-kanak, termasuk kanak-kanak cacat otak ialah Dr. Glenn Doman. Antara rumusan penting daripada kajiannya dan pakar-pakar yang lain ialah: Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik.

Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap. Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan. Sekiranya ransangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca juga pada masa kanak-kanak itu dapat bercakap. Walau bagaimanapun kaedah dan suasana pembelajaran yang sesuai diperlukan.

IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan tidak berkesan lagi bila dirangsangkan selepas peringkat ini. Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak. Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapatinya semasa kecil. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cacat otak (seperti akibat demam panas) masih boleh dirawati jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan seperti yang dilakukan oleh pihak Nuri. Berdasarkan pelbagai kajian pakar dan para ilmuan tersebut, amat penting sekali ibu bapa memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan seawal mungkin, khususnya pelajaran al-Quran.

Para ibu bapa juga hendaklah memahami proses pembelajaran simanja yang berkesan seperti melalui ransangan, belaian sentuhan dan sebagainya. Interaksi antara ibu bapa dan anak juga merupakan faktor utama yang membantu melahirkan anak pintar serta berkebolehan membaca al-Quran seawal mungkin. Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka, lebih bagus perkembangan si anak. Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibu bapa yang perihatin terhadap keperluan anak dan sering meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka

Oleh : Ustaz Kamal Mahyuddin Harun, Penyusun Siri Cepat Membaca Al-Quran – Al-Furqan

-------
Sumber: INGATAN@yahoogroups; Monday, June 04 @ 16:59:36 by din-cryptos

Friday, March 7, 2008

At-Thaharah - Bersuci


PENGERTIAN BERSUCI

Firman Allah swt maksudnya, "Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan yang suka menyucikan diri" (Al Baqarah : 222)

Definisi Bersuci
Bahasa - Suci & Bersih
Syara' - Suci & Bersih daripada najis & hadas.

Hukum bersuci adalah WAJIB kepada tiap-tiap lelaki & perempuan kerana ia merupakan anak kunci dan syarat sah sembahyang.....

Bersuci atau At Thaharah ialah suatu pekerjaan yang dilakukan bagi menghilangkan hadas atau najis yang ada di badan, pakaian atau tempat tinggal kita. Ia mesti dibersihan supaya kita boleh melakukan ibadah. Di dalam ajaran Islam bersuci adalah sesuatu yang WAJIB. Sebahagian dari bersuci adalah berwuduk, mandi dan membersihkan najis dari badan.

JENIS-JENIS BERSUCI

1. Bersuci dari hadas kecil.
Apabila kita berada dalam keadaan begini kita dilarang dari mengerjakan sembahyang dan menyentuh Al Quran. Cara untuk menyucikan ialah dengan mengambil wuduk ataupun bertayammum.

2. Bersuci dari hadas besar.
Mereka yang berjimak, haid dan nifas adalah termasuk di dalam golongan ini. Cara bersuci daripadanya ialah dengan mandi junub. Perkara yang ditegah dari melakukannya seperti sembahyang, puasa, menunaikan haji, iktikaf di masjid dan menyentuh atau membaca Al Quran.

3. Beristinjak.
Ia bertujuan bagi menghilangkan najis yang keluar dari dua saluran iaitu qubul dan dubur.

ISTINJAK

RUKUN ISTINJAK

Rukun istinjak ada 3 iaitu :
1. Islam
2. Menggunakan air, batu, kertas, daun dan benda keras yang suci
3. Najis itu mestilah keluar dari qubul dan dubur

SUNAT-SUNAT ISTINJAK
1. Haruslah dilakukan dengan bilangan yang ganjil seperti 3x, 5x atau 7x dan seterusnya.
2. Menggunakan tangan kiri

BERISTINJAK DENGAN BATU

Syarat-syarat menggunakan batu atau lain-lain benda yang keras ialah:

1. Pastikan benda tersebut tidak mengalir
2. Pastikan najis belum kering
3. Pastikan tempat keluar najis tersebut tidak terhalang oleh benda-banda lain

BERISTINJAK DENGAN AIR

Perlakuannya ialah lebih kurang sama dengan batu. Terlebih dahulu mestilah dibersihkan sehingga hilang 3 perkara iaitu bau, warna dan rasa. Apabila selesai disunatkan membaca doa.

BENDA-BENDA BERNAJIS

Antara benda-benda najis menurut Islam adalah seperti berikut :
1. Semua jenis bangkai binatang darat dan laut yang berdarah melainkan mayat manusia. Bianatang darat dan laut yang tidak berdarah dianggap suci.
2. Darah kecuali hati dan limpa
3. Semua jenis benda yang keluar dari qubur dan dubur
4. Nanah kerana ia terhasil dari darah yang kotor
5. Arak dan semua jenis minuman yang memabukkan
6. Bahagian binatang yang diambil dari badannya semasa ia masih hidup

JENIS-JENIS NAJIS

Terdapat 3 jenis najis yang boleh diklasifikasikan dalam Islam iaitu:

1. NAJIS MUGHALLAZAH
Iaitu anjing dan babi serta segala anggota tubuh badannya.
- Cara menyucikannya ialah dengan menyiram sekali air tanah atau lumpur dan 6 kali dengan air yang bersih

NAJIS MUKHAFFAFAH
Iaitu najis ringan seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun kebawah dan hanya memakan susu ibunya sahaja.
- Cara menyucikannya ialah memadai dengan memercikkan air ke atas benda yang terkena najis itu kemudian lapkannya

NAJIS MUTAWASSITAH
Iaitu najis pertengahan. Najis ini terbahagi kepada dua bahagian :

(a) Hikmiah adalah najis yang kita yakini adanya tetapi tidak nyata zatnya seperti air kencing yang sudah lama kering hinggakan sifatnya sudah hilang. Najis ini disucikan dengan mengalirkan air keatasnya

(b) 'Ainah adalah najis yang dicuci dengan menghilangkan dan membersihkan semua zatnya.

JENIS-JENIS AIR

Terdapat 5 jenis air iaitu :

1. AIR MUTLAK
Sifatnya adalah suci lagi menyucikan. Air ini boleh digunakan bagi menyucikan benda lain. Contohnya air hujan, laut, perigi, air mata air, salji, sungai dan air embun

2. AIR MUQAYYAT
Sifatnya adalah suci tetapi tidak boleh menyucikan. Air ini tidak sah digunakan untuk menyucikan benda lain seperti air kopi, teh, air buah-buahan dan sebagainya.

3. AIR MUTANNAJJIS
Air ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

(a) Telah berubah salah satu sifatnya iaitu warna , bau dan rasa dengan najis. Air ini tidak boleh digunakan lagi sama ada banyak ataupun sedikit.

(b) Air bernajis tetapi tidak berubah sifatnya. Air ini jika kurang dari 2 kolah (lebih kurang 13 tin minyak tanah) tidak boleh digunakan lagi tetapi jika 2 kolah atau lebih maka hukumnya suci lagi menyucikan.

4. AIR MUSYAMMAS
Ialah air yang terjemur di tengah pancaran matahari dalam bekas selain dari bekas emas dan perak. Ianya makruh digunakan untuk badan tetapi tidak untuk pakaian

5. AIR MUSTAGHMAL
Ialah air yang telah digunakan untuk menyucikan benda-benda lain dan sukatannya adalah kurang dari 2 kolah. Air ini tidak sah digunakan untuk bersuci walaupun tidak berubah sifatnya.

*** Sumber rujukan: http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/bersuci.asp

Saturday, December 8, 2007

Secrets of Remedy by Dates


Prophet Muhammad (PBUH) gave a special attention for Dates as part of the believer's diet especially during the Holy month Ramadan. Allah Almighty mentioned Palm trees many times in the Quraan, and made it the food of the dwellers of Paradise. So what are the secrets of this great nutriment? Is it possible to think of using dates as remedy for some diseases? What do scientists of today say about dates?

Dates are one of the most nourishing fruits and It's called sometimes "Bread of Desert", More than two third of dates' weight is natural sugar. This fruit was highly esteemed by the ancient civilizations more than 5000 years ago; ancient Egyptians considered dates as a symbol of fertility, while the Romans and the Greeks used it to ornament their stately triumph pageants. Today, dates are widely-grown in the Arabian Peninsula, Iran, Egypt, Iraq, Spain, Italy and the United States. There are more than 600 varieties of dates. Next, we are going to explore the usefulness of dates to humans throughout the different stages of their lives.

Dates and the Prebirth period
Dates stimulate the uterus by regulating And brisking it's contractions which facilitate delivery. The uterus is a relatively large muscular organ and it urgently requires an adequate supply of natural sugar during labor and delivery. Being laxative, dates are essential for pregnant women before delivery in order to purge the colon and intestine and to facilitate delivery. The miraculousness of the Quranic verse shows evidently as Allah tells Mary: (And shake the trunk of the palm tree towards thee thou wilt cause ripe dates to fall upon thee).

Nutriment and medicine for children
Dates contain natural sugar which is easily absorbed and digested, thus, it is safe and comforting for children's stomach and intestine. And the dates juice is useful especially if we mix it with Milk to become very nourishing and restorative drink for children and adults.

Dates and honey paste is used for the treatment of diarrhea and dysentery in children but it should be taken three times a day. This paste also comforts and hardening the gums during teething and facilitates the process. It is advisable to purchase the good varieties of dates and to wash them thoroughly before use especially when used as food or remedy for children. Here, we should mention the prophetic tradition of (Al Tahneek); rubbing the newborn's mouth with a well-chewed date and feeding him with it. Science has proved that giving the newborn some sugar dissolved in water provides the child with the necessary nutrition and improves their immunity against diseases.

And when we know that sugar in dates is the most easily absorbed and digested type of sugar so it will be suitable nutriment for newborns but the dates should be well-chewed or soaked in water to be easy for the newborn to take. This proves that the great prophet (PBUH) preceded today's doctors to this type of nutrition. It's no wonder that he preceded them as he is the messenger of their God.

An effective treatment for constipation
Dates can be used in the treatment of intestinal disturbances and it also helps the intestine perform their function effectively, and helps establishing a colony of friendly bacteria in the intestines. Dates are also highly beneficial in the treatment of constipation as the roughage provided by it stimulates sluggish bowels. They should be immersed in water at night and taken after making them into fine syrup the next morning to secure laxative effect.

A Remedy for Sexual Debility
Date syrup can be used as a treatment for weak heart. It can also be use for the treatment of sexual weakness. When it's mixed with milk and honey, dates can be used as a tonic for the treatment of sexual disturbances for both sexes, And such syrup strengthens the body and raises its energy levels. The elderly would benefit from this syrup too. It improves their stamina and purges their bodies from the toxins that have accumulated in their cells along the years.

An Ideal Nutriment for Fasters
It was very weird that western physicians who treat their patients by fasting advise them by taking the natural sugar in fruits and water when breaking the fast. And when we know that dates contain a high ratio of such easily-absorbed sugar then dates and water are the best nutriments for fasters.

Here we remember the Hadith of our prophet (PBUH): (When any of you breaks his fasting he should eat dates cause dates are blessing, if he didn't find dates then drink water cause water is purifying) [Narrated by Abo Dawood]. Here we see that the prophet (PBUH) showed us the principles of effective fasting, by eating dates and drinking water at breakfast centuries before Westerns.

The prophetic wisdom out of having Dates for breakfast might be reduce the hunger and consequently, reduce the amounts of food consumed; therefore the fasting will be effective and useful. And if we remember that fasting consider the best weapon to excise toxics out of the body, then having dates (toxin-resistive) when you break your fast represent a real integrated treatment against weakness and fatigue resulted from the accumulation of toxic chemicals and heavy metals in the cells of the body. Dried dates contain a high ratio of natural sugar hence; they are the best food for fasters

A Treatment for Obesity
The wide variety of nutritious elements in dates makes it hunger-resistive! And when we know that the cause behind Obesity is a persisting feeling of hunger and an appetite for food which drives a person to consume larger amounts of fats and sugar when he eat his meal. So treatment by eating few dates when feeling hungry helps reduce hunger and be filled. These dates will provide the body with the necessary sugar and stimulate the intestine which reduce hunger greatly, and eventually, reduce food consumption. The miraculousness of the prophet's saying shows as he said: (A household that has dates doesn't feel hunger) [narrated by Muslim]. We can conclude that dates can be used to treat Obesity!.

A Remedy for Lever and Inflammations
Dates remedy Lever and purge it from toxins, Breaking the fast with dates, is one of the most magnificent of natural remedies for the maintenance and purging the Lever from accumulated toxins. And also drinking dates juice could be used in the treatment of sore throat, various types of fever, rhinorrhia and common cold

A Remedy for Intoxication
Dates are an excellent remedy for alcoholic intoxication. In such a case, drinking water in which fresh dates have been rubbed or soaked will bring quick relief. Here we'd like to mention one of the prophet's (PBUH) Hadith in which he referred to dates as a remedy for intoxication. Prophet (PBUH) said: (Who eats 7 pressed dates in the morning, will not be inflected with witchcraft or poisoning that day) [Narrated by Abu Dawood]

If we deeply study the medical implications of the Hadith, we realize its miraculousness:

1- The prophet (PBUH) used the number 7. This number has significance in the universe, the Quran and the prophetic tradition. It's enough to know that the first number mentioned in the Quran was Number 7.

2- 7 dates weigh approximately 70 grams which provides a sufficient intake of a wide variety of minerals, salts and vitamins for the body.

3- This amount is sufficient to purge the body from the accumulated toxins in the cells; like heavy metals, lead as an example. The accumulation of toxins has increased nowadays due to widespread water, air and food pollution.

4- The Hadith implicitly referred to the toxins entering the body as ( Poison ). He also indicated that eating dates reduces the dangers such toxins impose the body to.

5- As for the word (Witchcraft ); only God knows what was meant with it.

6- The Hadith doesn't imply that taking poison after eating seven dates would be completely harmless, In fact, doing this deliberately is considered as harming one's self on purpose and this is forbidden in Islam. But we have to undersand that Hadith means that eating seven dates each morning reduces the harmful effects of toxicants. In order to make the process more effective, regularity with eating seven dates in the morning should be maintained. As our Prophet (PBUH) asked us to do.
And we should understand from the Hadith that eating dates everyday regularly And in order will effect our psychological state and make it more stable, God only know the truth.

Date in numbers:
Having high medical and nutritious value, dates are expected to be the best food for the future. Dates contain as high a percentage as 88% of carbohydrate (starch), ( 2.5-5% ) of fat, (2.3-5.6%) of Protein and (6.4-11.5%) of Vitamins and dietary fibre. The flesh contains (0.2 – 5%) of oil, whereas the seed's weight is (7.7 -9.7%) oil. The weight of the seed is (6.6 – 14.2%) of the date's weight.

Dates contain Vitamins A, B1 and B2, And contain Fluorine who defeats teeth decay. Other minerals that are found in various proportions in dates include boron, calcium, cobalt, copper, iron, magnesium, manganese, potassium, phosphorous, sodium and zinc. Additionally, the seeds contain aluminum, cadmium, chloride, lead and sulphur in various proportions. Selenium, element believed to help prevent cancer and important in immune function, is also found in dates.

For all of the previously mentioned benefits, date is the ideal food for the future. The fruit's production has increased 3 times over 40 years, whereas the world population has only doubled, an indication to the rapid growth of the production of this ideal fruit

And finally...

Dear Believer if you are feeling weak, don't hesitate to take 7 dates in the morning as the prophet (PBUH) recommended. those Seven dates weigh around 70 gm, so if you take them, then you actually took 70 milligrams of calcium- which is very useful for the bones, joints and nerves, 35 milligrams of phosphorus which is nutritious to the brain and 7 milligrams of iron which is strengthens the body in general and the heart in particular.

It's also suitable for reducing weight as it only contains 0.25 gm of fat. So if you suffer from Obesity, then this meal is the right thing for you. This prophetic meal regulates and stimulates the bowels with the10 gm of dietary fiber it contains.

So won't you say yes to the prophetic advice?!

Grabbed from www.nidokidos.org

Wednesday, October 31, 2007

9 Siti yang Patut Dicontohi



Sekadar gambar hiasan.

Assalamualaikum.

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata ‘aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu’.

3) Siti A'ishah
- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahyah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti-Siti ini? Tepuk dada tanya iman. Sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

** Thanks to Nurul Akmar Abd Mutalib @ Wednesday, October 31, 2007 09:06

Wednesday, August 29, 2007

Faktor2 Yg Mempengaruhi Perkembangan Sahsiah Kanak-kanak



PENGARUH KELUARGA

Keluarga merupakan pengasuh yang paling penting dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak. Ini disebabkan keluarga boleh dianggap sebagai kumpulan sosial yang pertama melingkungi kanak-kanak.

Kanak-kanak menghabiskan masa bersama keluarganya lebih daripada kumpulan sosial luar yang lain. Kuat atau lemahnya pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak dapat digambarkan seperti berikut:

* Jika kanak-kanak hidup dengan dikritik, dia akan belajar membenci.
* Jika kanak-kanak hidup dalam perseteruan, dia akan belajar berkelahi.
* Jika kanak-kanak hidup dalam ketakutan, dia belajar menjadi cemas atau bimbang.
* Jika kanak-kanak selalu diperli, dia belajar menjadi malu.
* Jika kanak-kanak hidup dalam suasana tolak ansur, dia belajar menjadi sabar.
* Jika kanak-kanak selalu diberi galakan, dia belajar yakin dengan dirinya.
* Jika kanak-kanak selalu dipuji, dia belajar untuk menghargai.
* Jika kanak-kanak merasa dirinya diterima, dia belajar berkasih sayang
* Jika kanak-kanak mendapat layanan sama rata, dia belajar menghargai keadilan.
* Jika kanak-kanak hidup dengan kejujuran, dia belajar menghargai kebenaran.
* Jika kanak-kanak hidup dengan berasa selamat, dia belajar mempercayai dirinya dan orang lain.
* Jika kanak-kanak dikenali dan dihargai, dia akan mempunyai tujuan hidup.

Pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak banyak bergantung kepada sifat-sifat kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang selalu gelisah dan selalu dalam keadaan tegang, misalnya cepat berasa kecewa apabila ahli keluarga memberi perhatian yang lebih kepada adiknya yang baru lahir dibandingkan dengan kanak-kanak yang bersifat tenang. Begitu juga dengan kanak-kanak yang sihat akan memberikan reaksi yang berlainan terhadap ibubapanya yang selalu melindungi dan memanjakannya dibandingkan dengan kanak-kanak yang lemah-lembut tetapi selalu sakit.

PENGARUH TADIKA

Keadaan Bilik Darjah

Kanak-kanak akan berasa gembira, selesa, suka bekerjasama dan bersemangat untuk belajar di dalam bilik darjah yang kemas, teratur dan dapat menimbulkan suasana untuk belajar. Keadaaan bilik darjah yang tidak kemas membuatkan kanak-kanak sentiasa berasa tegang, gelisah, suka bergaduh, nakal dan tidak berminat untuk belajar. Keadaan bilik darjah banyak bergantung di atas sikap guru terhadap kerja dan murid-muridnya.

Guru

Guru boleh mempengaruhi perkembangan sahsiah kanak-kanak dengan menunjukkan teladan yang boleh diikuti mereka. Murid-murid akan menganggap gurunya sebagai pengganti ibu bapa mereka. Murid-murid lazimnya akan meniru tingkah laku guru, mengikut nasihatnya serta bimbingannya.

Disiplin

Disiplin yang dikenakan di sekolah juga mempengaruhi sikap dan tingkah laku kanak-kanak. Disiplin yang ketat akan membuatkan kanak-kanak selalu berasa tegang, gelisah, timbul rasa benci dan suka bermusuh. Disiplin yang permisif akan membuat kanak-kanak tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati peraturan. Sementara displin yang demokratik akan membuatkan kanak-kanak berasa dirinya penting, riang, suka bekerjasama dan percaya pada orang lain.

PENGARUH FIZIKAL

Keletihan

Keletihan menyebabkan kanak-kanak mudah tersinggung dan suka membantah dalam
hubungannya dengan kanak-kanak lain ataupun orang dewasa.

Kekurangan makanan

Kanak-kanak yang kurang makan khususnya makanan yang berzat selalunya tidak aktif dan kurang bertenaga untuk bermain dengan rakan-rakannya. Kanak-kanak yang kurang aktif lazimnya pemalu, mudah tersinggung dan selalu berduka.

Penyakit

Kanak-kanak yang selalu sakit mempunyai emosi yang tidak stabil, selalu berduka dan bersifat terlalu bergantung kepada orang lain.

Sumber: Dipetik daripada sebuah majalah tempatan