Saturday, November 25, 2006

Faris's Convo 2006


Tarikh: 18 November, 2006
Tempat: Dewan Sekolah Rendah Agama Meru, Klang
Acara: Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2006 Pusat Tahfiz & Tadika al-Fudhail

Hari ini adalah hari convo untuk Muhammad Faris Imran bin Norhisham (6 yrs)!!

Alhamdulillah! Majlis berjalan lancar. Dimulai dgn bacaan ayat2 suci al-Quran drp pelajar2 al-Fudhail; termasuklah Faris! Berbunga hati rasanya bila Faris memperdengarkan hafazan Surah al-Waqiah. Faris memperdengarkan 1/3 surah kemudian disambung pula oleh abang2 Tahfiz. Merdunya bacaan mereka. Hati berdoa semoga Faris juga boleh melafazkan kalam Allah sebaik pelajar2 Tahfiz ini...... Amin

Majlis dirasmikan oleh Ketua Kampung (rasanya???) Kelas Faris (6-1) buat persembahan nasyid. Lepas tu Faris naik ke pentas utk menerima Sijil Tamat Belajar.

Sekali lagi Faris naik ke pentas utk menerima anugerah bagi kategori Markah Tertinggi Ujian Kelayakan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI). Alhamdulillah. Faris dahpun buat pengesahan penerimaan tawaran ke SRAI Batu Belah, Klang. Dapat masuk kelas A (1 Arif).

Sebelum majlis bersurai, Faris sekali lagi naik ke pentas utk menerima Anugerah Tokoh Murid 2006. Tak sangka! Sungguh tak sangka! Sebak rasanya. Nak gugur airmata dibuatnya.

Alhamdulillah. Pada usia 6 thn, Faris sudah mula mengerjakan solat sendirian. Kadang2 tu jadi imam pada Zarif. Puasa pun genap 30 hari. Cuma puasa sunat 6 Syawal jer yg tak habis. Dapat 1 hari jer. Segala yang terbaik di dunia dan akhirat Mama doakan utk Faris. Semoga menjadi ikutan adik2 yg lain... Amin! Ya Rabbal A'lamin.

Untuk semua guru2 yang terlibat membimbing dan mendidik Faris, kami ucapkan jutaan terima kasih. Semoga mendapat keberkatan dalam hidup serta jariah yang berpanjangan. Buat Kak Ros, Ustaz, Yaya dan keluarga, terima kasih kerana menjaga Faris lepas sekolah. Minta halal segala makan & minum. Rasa segan juga sbb Kak Ros sekeluarga tak mahu menerima sebarang bayaran daripada kami. Semoga Allah membalas segala jasa Kak Ros sekeluarga. Buat Yaya, harap jangan serik membantu Faris dengan hafazannya, walaupun bukan secara formal.

Kepada Shahrizaman, terima kasih kerana sudi meminjamkan digital camera untuk merakamkan sedikit detik2 indah ini. Harapan semoga semua sudi mendoakan kejayaan untuk Faris.

Jom tengok Faris di http://mama-anna.fotopages.com/?entry=992398&back=http://mama-anna.fotopages.com/

No comments: