Monday, December 11, 2006

Cakap Siang Pandang-pandang

Hmmmm.... hari ni cuti sempena Keputeraan Sultan Selangor. Saje2 tengok email yg lama, terjumpa satu email yg buat aku tersenyum. Jom baca!

----- Forwarded Message ----
From: Roslinamaria Binti Abdul Rahman
Sent: Tuesday, December 5, 2006 11:44:51 AM

Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?

Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.

Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.

Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?

Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?

Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?

Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?

Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?

Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...

Isteri: @#$%????!!!! !

Suami: (Dalam hati)Alamak! !

Heee he... he...

7 comments:

MIZHAR MAZLAN said...

terima kasih kerana melawat fp saya

Anonymous said...

kan dah kantoi.... lelaki ni kekadang mmg tak pikir... pakai cakap jek... suke buat org pempuan sakit ati....

Anonymous said...

Mcm tulah.... typical malay man. Selalu meng'kantoi'kan diri sendiri.

Anonymous said...

saya pulak belum ada rezeki anak lelalki lagi, moga yang akan datang ni beroleh hendaknya amin

Mama Puteri said...

Salam ouled kenitra or shall I address you as ustaz?

Insyaallah. Kalau Allah nak bagi bebila jer Dia boleh bagi. Mcm saya belum ada rezeki lagi nampaknya. Dah hampir 6 bln menunggu ni.

acar buah said...

dear...once i tgk sender email....i tersenyum....salam perkenalan walaupun lambat baru i notice u share benda ni...

acar buah said...
This comment has been removed by the author.